ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Tuesday 27 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ


"Hati pilu tidak tertahan kala diri dan insan tersayang ditimpa musibah.
Hati juga tertanya-tanya apa dosa diri sehingga diuji sehebat ini? 
Wahai insan..usah ditanya apa dosa diri kerana Allah lebih mengetahui apa yg ditakdirkan buat kita.
Yakinlah bahawa Allah menguji insan-insan yg disayangi-Nya dan sebagai mukmin,
kita harus redha dan sabar menerimanya.Berdoalah kepada-Nya agar diri diberi kekuatan memimpin hati ini...."


(♥‿♥) Setiap perkara ada sebabnya..
(♥‿♥) Setiap persoalan ada jawabannya..
(♥‿♥) Setiap perlakuan ada ganjarannya..
(♥‿♥) Setiap kesulitan ada kemudahannya..
(♥‿♥) Setiap kesenangan ada rahmatnya..
(♥‿♥) Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
(♥‿♥) Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapanNya..
(♥‿♥) Sabarlah dalam bersabar.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (Seseorang) melainkan dengan izin Allah.Dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima setiap perkara yang berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah),Allah Maha Mengetahui"
(Surah At-Taghabun:11)
insya'allah ya shyidaku...

No comments:

Post a Comment