ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday 24 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 




Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.


Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.


Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.


Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
bila Allah bagi sedih, DIA nak ingatkan kita, ada yang kurang dalam hubungan kita dengan DIA. Mungkin dengan kesedihan yang DIA hadiahkan, mampu memberikan kita kesedaran atas kesilapan yang tidak kita sedari? ^_^ 

Kenapa saya cakap begini?


Kerana wujud antara kita ini, yang suka bersedih terlalu lama, hingga hilang kekuatan jiwanya. Tidak terkecuali juga saya.

1 comment:

  1. ya ALLAH kuatkan hamba...
    hamba hanya seorang insan biasa yg lemah dlm byk perkara...

    ReplyDelete