ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Sunday 19 February 2012

BERTAFAKUR SEJENAK

Alhamdulillah hari ini, hari yang penuh barakah, seperti hari-hari yang selalunya. Betapa nikmat Allah itu sangat luas. Jika hambaNya itu sedar akan nikmat NYA sebenarnya ia amatlah tidak terhitung.

Hari-hari yang dilalui akan menjadi kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah? atau berkurangkah?



Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :




"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia  mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

Thursday 2 February 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
SALAM MAULIDUR RASUL

Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.Renungan,12 Rabiulawal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT.

Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita. Insya'allah..

Masa kecik-kecik, masa saya bersekolah rendah,saya suka sangat sambut Maulidur Rasul. Setiap kali Maulidur Rasul, saya akan nantikan, siapa yang akan datang ke sekolah untuk beri ceramah. suka sangat dengar ceramah. bila usia masuk sekolah menengah juge saya nanti2 kan bende yg sama. Lagi2 bile di adakan pertandingan sape yg paling berselawat dengan semangat dan persembahan terbaik bile berarak, yg best ye bese kitorang dapt tempat 1@2@3 or sagu hati pun ada jgk, hehehehe....


Selain ceramah, bende yg saya suka lagi ialah dapat makan ramai-ramai dalam 1 dulang ag2 ramai2..Seronok!! Tapi kini bila meningkat dewasa, sambutan Mulidur Rasulx dirasai sangat seperti waktu sekolah rendah dan sekolah menengah. kenapa?? Mungkin sebab suasana yang berbeza. di sekolah, attendance diambil. x datang nanti dianggap ponteng. Bila di Universiti, entah. Suatu perasaan yang sukar saya gambarkan. Tapi alhamdulillah, saya juga di ketemukan sahabat-sahabat yang banyak membimbing saya dan lebih untuk mengenali diri ini untuk mendekati Nya, alhamdulillah.
Pernah ustazah saya berkata, 
  
''Kita masa sekolah ni je lah kita dapat belajar agama, lepas sekolah awak masuk Universiti nanti, awak kene cari sendiri. Waktu sekolaah ni lah ada Ustazah dengan Ustaz nak ajar awak agama. Bila awak semua dah masuk U nanti, ustazah harap awak belajarlah agama. Cari. Kalau awak x cari, die x akan datang pada awak.''


Jadi, kepada para blogger sekalian, marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di kawasan-kawasan sekitar anda. Kalau di taman perumahan anda ada anjurkan sambutan Maulidur Rasul, apa kata pergi ke majlis tersebut. X rugi apa-apapun.

Dan sempena Maulidur Rasul, marilah kita perbanyakkan selawat dan amalkan sunah semampu diri kita. Ayat yang saya ambil dari harun qayumm.. 


"Jika kita sayang Allah, kita mesti patuh dan sayang kepada Rasulullah saw. Jika kita ikut Rasulullah saw, Allah sayang kpd kita. Sekiranya kita ikuti sunnah Nabi, dosa-dosa kita diampunkan...."