ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Sunday 10 March 2013

terima kasih sahabat..:')

kadangkala kita tak sedar, kawan yang sentiasa membuat kita tersenyum tu adalah orang yang tulus menyayangi kita, namun kita tetap memilih dia yang sering membuat kita terluka :')


kadang-kadang sesetengah benda kat dunia ni, 
kita hanya mampu melihatnya namun tak dapat memilikinya :')
Cubalah untuk hapuskan air mata itu daripada tangisi orang yang tak pedulikan kita kerana masih ramai yang menanti keceriaan dari kita . .

susah nak fahami hati seseorang.
kata sayang, tapi abaikan ~,~

belajarlah untuk menyayangi orang yang sudah pasti menyayangi kita daripada kita menyayangi seseorang yang kita suka namun belum tentu akan sayang kita macam kita sayang dia :)
tabahlah wahai hati.
walau dia takde, tapi Allah sentiasa ada untuk kita :)
Berhenti sakiti diri sendiri dengan mengharapkan seseorang yang tak pasti, 
yakinlah pada diri kita boleh bahagia tanpanya :)

saya suka bila ada seseorang yang mampu buat saya ketawa saat saya tak nak senyum :')
Bila dia selalu datang pada kita, kita langsung tak sedar dan hargai kehadiran dia. 
Tapi bila dia dah pergi dari hidup kita, baru sibuk nak tanya kenapa :')
Nak cipta satu kenangan tu senang, tapi nak melupakan kenangan tu yang susah.


Sebab tu bila dia dah takde pun, kadang kita akan menangis bila terkenang kembali :')
Rapat tak bermakna suka, rapat tak bermakna cinta, rapat tak bermakna berharap,
kadang seseorang tu rapat dengan kita sebab dia ambil berat dan ikhlas ingin berkawan :)

gaduh → rindu → tunggu dia text → tertidur → bangun → tengok handphone → takde mesej → sambung tidur → mengalir air mata

Kadang - kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari selepas ia pergi . . 
Waktu itu kita hanya mampu pasrah kerana kita tak dapat undurkan kembali masa yang telah berlalu . . ;)
Kalau seseorang yang kita sayang tu membuat kita sedih, 
dan datang seribu KAWAN memberi senyuman pada kita.


Ia tetap tak sama dengan senyuman seseorang yang kita harapkan itu
Jangan pernah mengharap sebuah kesempurnaan dari seorang teman kerana sesungguhnya kesempurnaan itu tak akan pernah ada. . 
Namun, berusahalah jadikan yang tak sempurna itu satu kesempurnaan dimatamu.
Pejamkan hati atas kekurangan yang dia miliki, 
dan kenanglah selalu kelebihannya. 


Cinta itu adalah ketulusan hati . . ;)
Dia itu milik Allah. 
Hati dia pun milik Allah.
Kalau nak curi hati dia dan menjadikan dia milik kita, 
berusaha dan berdoalah kepadaNya :)

3 comments:

  1. saya akan terus berusaha mendekatinya, kerana 'dialah' sahabat pertama hamba yg benar2 membolehkan hamba tersenyum tnpe rase jemu dan merasai kehidupan ini indah dengan perkongsian cerita2 dari diri dia iaitu 'seorang sahabat'..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kerna dikurnia insan yang bernama sahabat. Semoga ikatan persahabatan yang bersulam keikhlasan kekal indah dalam barakah Ilahi.

    ReplyDelete