ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Friday 11 January 2013

: : " Kerana kita hanya SAHABAT...." : :

Kerana kita hanya SAHABAT.  
Perbualan dan perbuatan kita tidak perlu menjangkau jauh dari batasan.

Kerana kita hanya SAHABAT
Setiap titik rasa hati itu perlu diperjelasan agar tiada yang makan hati.

Kerana kita hanya SAHABAT
Setiap luahan yang diberi dibalas dengan nasihat yg penuh misteri,

Kerana kita hanya SAHABAT
Setiap langkah perjalanan memberikan aku kekuatan dan keberanian.

Kerana kita hanya SAHABAT
Suara kamu amat menggembirakan hatiku....
Senyuman kamu menghilangkan segala resah di dalam sanubariku
Kelembutan setiap tutur bicaramu membuat aku hilang dalam sendu.....

Kamu....?
Kenapa kamu masih ada di sini?
Kenapa kamu masih aku rindui?
Kenapa kamu tidak pernah jauh dr sudut hati kecilku?
Kenapa kamu sentiasa ada ketika aku dipalu rasa kecewa?

2 comments: