ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday 22 December 2012

Maafkan aku sahabat….

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Woha..!!
Aii skema je tajuk atas….
Sahabat..!!!sebuah kata yg sanggup membuat hati ini berdebar.!! sababat adlh hal terpenting dlm hidupku!!..buat sahabatku semua ..aku sayang kamu! "jika memang terjadi,dan esok hari aku tdk dpt bersamamu lg,,ketahuilah hal trindah yg kubawa pergi,adl ^aku pernah Bersamamu^"
Haha…aku suka kata2 kat atas ni..Ntah mane aku jumpe…Kalau aku bagi kawan2 aku diorang mesti mcm sedih je dgr. Ade yg terharulah, ade yg terkedulah, n mcm2lah...
Dan semalam aku ade join 1 program, n ade sorang akhwat ni ckp, iman berkadar langsung dgn ukhwah. Benar, iman berkadar langsung dengan ukhwah. Apabila kita berada di bi’ah yg baik, dikelilingi oleh mereka2 yg selalu mengingati ALLAH, insyaALLAH hati kita pun akan terjaga. Mana Xnya, once klu kita nak buat perkara2 lagha, insyaALLAH, mereka akan mengingatkan kita tntg perkara dosa tu. Beza kalau kita berada dirumah, mudah utk kita melakukan perkara2 lagha. Tengok tv? Dengar Hot FM? Era? Melodi? Dah jadi perkara biasa. Tilawah kemana, mathurat kemana, dhuha kemana.... Dan bertapa pentingnya mencari teman yang betul2 berukhwah kerana ALLAH. Oh sekarang mmg mudah mengatakan ukhwah fillah, mmg ramai yg kata ukhwah fillah abadan abada. Tetapi sejauh mana kita betul2 menpraktikkan ukhwah kerana ALLAH tu. Dan juga akhwat tu ckp, klu betul2 kita berukhwah kerana ALLAH, setiap kali kita melihat teman/sahabat tu, kita akan terus mengingati ALLAH... MasyaALLAH, indahnya....
Ya betul...Alhamdulillah, walaupun aku bukanlah yg terbaik. Tetapi aku bersyukur kerana ALLAH telah menganugerahkan aku sahabat2 yg insyaALLAH berukhwah kerana ALLAH. Sahabat yg apabila aku pandang wajahnya, terus igt ALLAH...ohh...Sahabat2 yg berhajat utk memperjuangkan Islam.
Aku bukanlah seorang yg baik. Aku masih mencari apa yg aku mahu cari... Dan insyaALLAH aku sudah jumpa apa yg aku cari..Aku nak kongsi dengan kawan2 aku yg lain apa yg aku cari slama ini (apa2 lah..) Yg mana aku berada di bi’ah yg insyaALLAH yg terjaga.. Bi’ah yg insyaALLAH ingin mencari redhaNya smata. Aku yg mana dahulu selalu mengamalkan amalan2 jahiliyyah, alhamdulillah sedikit demi sedikit aku cuba untuk meninggalkan amalan tersebut. Dan aku nakkan kawan2 aku yg lain rasa apa yg aku rasa. Rasa betapa indahnya berada di bi’ah yg solehah. Tiba2 teringat 1 hadis nabi :
Dari Abu Hamzah Anas b Malik ra, Rasulullah saw bersabda, ”Seseorang diantara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” (HR Bukhari dan Muslim)
Kadang2 aku fikir balik. Apa yg aku dapat ni aku nak kawan2 aku yg lain rasa jugak. Tak dikatakan beriman kalau kita ye2 sayang diri kita tp kita biarkan saudara kita yg lain lalai dlm dunia sendiri. Masing2 buat hal masing2. Konon baik, tp nak baik sengsorang. Biarkan orang2 disekeliling kita hanyut dengan dunia ciptaan sendiri. Alasan, sebab diri pun xbaik lagi. Famly pun xbaik lagi. Biarlah diri ni betul dulu baru betulkan orang lain. Biar diri ni sempurna dulu, baru sempurnakan orang lain. Heii..sampai bile nak tuggu diri tu sempurna??, sampai bile nak tunggu diri tu betul semua???... Ingat!! Xde orang yg sempurna... Aku tiba2 emosi pulak, yu huuu....
Ok balik kpd sayangkan saudara tu. Aku nakkan kawan2 aku yg lain rasa apa yang aku rasa. Sbb aku fikir, nabi ckp klu seseorang tu beriman, die akan sygkan saudaranya mcm dia sygkan diri die. So, jika aku sygkan korang sume, aku nakkan korang pun rasa apa yg aku rasa. Aku xckp diri aku baik, aku xckp diri aku beriman, siapalah aku nak judge diri aku sendiri, hanya ALLAH yg tahu. Tp disebabkan persaudaraan Islam tu, aku terpanggil untuk mengajak korang sume. Aku nak kawan2 aku rasa nikmat tarbiyah tu!!! 
Tapi, mengapa kadang2 mereka tidak memahami tujuan aku. Mengapa mereka selalu mensalah tafsirkan niatku itu. Mengapa mereka memain2kan ajakan aku. Adakah caraku salah?? Adakah tidak kena tempat?? Ataukah kerana dosa2ku yg lalu, maka terhijab segalanya...Huaaa...aku sedih yg xterhingga...Ya Allah, hambaMu mohon ampun...

Kepada sahabat seperjuangan, JAZAKUMULLAH KHAIRAN KHATIRAN...maafkan ana, kalau ana ada terguris hati antunna sume. Ana sedar ana bukanlah sahabat yg terbaik untuk antunna sume. Jazakumullah dengan segala nasihat, dorongan dan sokongan untuk kita sama meneruskan kehidupan dijalan tarbiyah ini...
Kepada kawan2ku semua.. Aku xde niat untuk mengongkong hidup kamu. Aku tidak ada niat untuk mengatur hidup kamu. Aku tidak ada niat untuk menghalang apa yg kamu suka buat. Tp apa yg aku tegur adalah untuk kebaikan kamu juga. Kadang2 hatiku menangis, dimana silapnya?? Maafkanku sahabat, selagi apa yg aku lihat padamu, dan aku ketahui itu tidak elok untukmu, maka aku akan lakukan apa yg sepatutnya aku lakukan...Aku berdoa dan berharap yang terbaik untuk kamu.
Dengarlah luahan hatiku ini..
Aku menyayangimu disegenap jiwaku..
Tak pernah terlintas dibenakku untuk menyakitimu..
Aku hanya ingin membantu..
Bantumu mencari yang terbaik untukmu..
Kebahagianmu kegembiraanmu itu harapanku
p/s : kerana aku terlalu sayangkan sahabat...wohaa!!

Tuesday 11 December 2012

BAHAGIA DENGAN MEMBERI

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Alhamdulillah. Tanda seseorang hamba itu memberikan puji-pujian kepada Tuhan. Ia petanda yang baik. Kerana manusia ataupun insan, seringkali dikaitkan dengan sifat lupa. Namun, dengan senang hati, faktor umur menjadi alasan dan jawapan.
Berhenti. Marilah kita mengingati kembali. Beringat bahawa, hidup ini mempunyai pemilik yang MAHA MEMILIKI juga MAHA MEMBERI.
 
Senja kini, di zaman teknologi yang sungguh canggih sekali.. kita kerap mengaplikasikan sifat menerima juga meminta. Pinta belas kasihan, pinta kemudahan, dan pinta sifat kemanusiaan. Hampir semuanya kita meminta tanpa segan silu. Andai permintaan itu ditujukan khas pada Tuhan, ia bukanlah perkara yang salah. Hakikatnya, permintaan itulah adalah permintaan yang disukai dan dirai. Jika kita membuat permintaan sesama manusia, itu juga bukanlah perkara yang salah dan dilarang. Permintaan tersebut masih lagi baik. Cuma, berpada-padalah. Jangan keterlaluan, kerana setiap daripada kita ada batas-batasan yang tertentu. Sepertimana seseorang itu memberikan salam pada seseorang, cukuplah dengan hanya tiga kali sahaja. Lebih daripada itu, usah kita memaksa. Tetapi, belajarlah untuk berlapang dada.
Baik. Memadailah dengan meminta. Jika kita menunggu dan meminta, akhirnya nanti kita juga yang rugi. Kita yang makan hati!
Ayuh kita bangkitkan sifat memberi. Kita mendidik diri dengan sifat yang suci dan murni, iaitu sifat memberi. Tuhan itu MAHA MEMBERI. Tetapi Tuhan tidaklah menyuruh kita supaya menerima setiap masa dan sepanjang masa. Sebenarnya, Tuhan ingin sangat mendidik kita dengan sifat memberi walaupun DIA itu MAHA MEMBERI. Andai kita teliti sifat Tuhan yang hebat ini, kita mungkin tidak mampu mengungkapkannya. Kerana Tuhan MAHA MEMBERI. Besarkan maksud MAHA MEMBERI itu?
"Telefon bimbit ini tidak canggih. Aplikasinya tidak banyak. Rupanya juga tidak begitu menarik." kata kita. Mungkin 'statement' seperti ini pernah kita dengari. Kita sering mempersoalkan tentang sesuatu perkara dengan pelbagai soalan yang berbentuk meminta dan berharap. Sayangnya, kita jarang mempersoalkan diri kita dan kita jarang meminta dan berharap pada diri kita.
Tenang. Cuba tanyakan pada diri sendiri, 'apakah yang mampu aku berikan?'
Memberi, tidak semestinya dengan zahir. Memberi, tidak semestinya dengan banyak. Memberi, tidak semestinya dengan ada. 
Ingat, ALLAH ITU MAHA MEMBERI.
Jadilah seperti pokok. Dimana, bersedia memberi setiap masa. Memberikan buah yang enak dan bagi sesiapa yang menginginkannya. Memberikan ketenangan dan kerehatan pada sesiapa yang mencarinya. Jika dihina, dipatahkan, dirosakkan, atau dilakukan dengan apa cara sekalipun yang kurang elok, maka balaslah dengan sifat memberi yang murni. Orang buat jahat pada kita, kita buat baik pada orang.
Susah?
Benar. Ia bukanlah perkara yang enteng. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk kita lari daripada sifat memberi ini. Perlihatkanlah pada usaha. Kerana usaha itu Tuhan lebih suka. Niatkan dalam diri, bahawa sifat memberi itu sifat yang baik dan disukai. Sifat memberi itu, lebih hebat juga lebih bahagia. 
Andai manusia itu meminta setiap masa, pasti cinta itu tidak akan hadir tiba.
Berbahagialah dengan memberi!
"Ya Allah, apapun yang Engkau kurniakan kepadaku di dunia ini, berikanlah kepada musuh-musuh-Mu, dan apapun yang Engkau kurniakan kepadaku di akhirat nanti, berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu, kerana Engkau sendiri cukuplah bagiku."

"Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka, dan jika aku menyemba-Mu kerana mengharapkan syurga, maka haramkanlah aku dari memasuki syurga, tetapi jika aku menyembah-Mu demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajah-Mu yang abadi kepadaku."

"Ya Allah, semua jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia ini adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa denganMu. Begitulah halnya dengan diriku, seperti yang telah kukatakan. Kini, perbuatlah seperti apa yang Engkau kehendaki." [Doa Rabiatul Adawiyah]

Thursday 8 November 2012

memilih sahabat

 Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

abah n emak selalu pesan kat anjang tentang dalam memilih 'sahabat'..
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu 
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu 
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik 
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu 
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu 
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya 
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu 
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat. 
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu 
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu 
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati. 
“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan … Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan… serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan…. Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya… ada awal tiada penghujungnya…..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya….. Seutas tasbih sebuah janji 

SALAM UKHWAH ^ ,^

Thursday 1 November 2012

~...JANGAN SEDIH SAHABATKU SAYANG... ~

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Jangan sedih…
Kalau kita rasa keseorangan…
Kenapa?
Allah ada di sisi kita…
Asalkan kita sabar…
Kita yakin dengan-Nya…
Allah tak zalim…
Allah sayang kita…
Allah perhatikan kita senantiasa…
Jangan sedih…
Kalau kita rasa berat dengan ujian-Nya…
Kenapa?
Nabi kita lagi hebat musibah dia…
Lagi tinggi ujian dia…
Nabi tak pernah mengeluh…
Walaupun sekali…
Nak tunjuk dekat umat dia, bahawa kita kena redha dan terima seadanya…
Kita kena tabah…
Sabar…
Jangan sedih…
Kalau kita tengok orang lebih senang daripada kita…
Kenapa?
Mungkin itu rezeki dia…
Mungkin Tuhan nak uji dia dengan kesenangan…
Boleh jadi dia alpa…
Kemudian nanti, dia kecewa…
Tapi…
Kita tak…
Kita susah sebab mungkin Tuhan nak uji kita…
Tuhan sayang kita…
Kita kena syukur dengan apa yang ada…
Tak rugi kita syukur….
Allah akan tambahkan nikmat bagi orang yang bersyukur…
Jangan sedih…
Kalau kita tengok orang lebih cerdik daripada kita…
Kenapa?
Orang cerdik tanggungjawab besar dan berat…
Dia kena berhati-hati dalam setiap tindakan…
Nanti dekat akhirat, dia akan dipersoalkan…
Kalau gagal, dia tak bertanggungjawab, dia tak amanah…
Kena siksa…
Tapi…
Kita mungkin boleh selamat…
Kita jadikan dia sebagai teladan untuk kita…
Supaya kita usaha lagi dan lagi…
Mudah-mudahan kita berjaya…
Insya-Allah…
Jangan sedih…
Kalau kita tak cantik…
Kenapa?
Orang lain cantik…kacak…
Sebab, apa yang Allah jadikan semua cantik…
Tak ada cacat cela…
Setiap kejadian itu ada sebab dan bersebab…
Ada hikmah dia…
Yang harus kita selidik dan kaji…
Sebab, Allah suruh kita jadi orang yang berfikir…
Tanda Allah sayang kita…
Apa guna muka cantik, rupa kacak…
Tapi…
Akhlak buruk…
Hati kotor…
Tak ada guna…
Jangan sedih…
Kalau orang lain `couple`…
Kita tak couple…
Kita malu sebab tak ada orang minat dengan kita…
Kenapa?
`couple tu…
Menghampiri zina…
Allah kata…
Jangan kamu hampiri zina…
Kita kuat ke nak lawan cakap Allah…?
Hebat ke kita ni…?
Tak kuat kan…
Kan Allah dah cakap…
Wanita yang keji, untuk lelaki yang keji…
Lelaki yang keji, untuk wanita yang keji…
Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik…
Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik…
Takkan kita tak percaya al-quran?
Tak boleh ke kalau kita nak kawan ?
Siapa kata tak boleh…?
Boleh je…
Kena jaga batas…
Jaga akhlak…
Insya- Allah orang suka…
Kalau dah jodoh…
Tak ke mana…
Jangan sedih…
Kalau kita pernah buat dosa…
Kenapa?
Allah kan Maha Pengampun…
Allah kan sayang kita…
Kita buat dosa…
Kita bertaubat la…
Pintu taubat masih terbuka…
Iringi dosa yang kita buat dengan taubat…
Allah suka pemuda pemudi yang bertaubat masa muda…
Nanti Allah jaga kita…
Jangan sedih ye…
Allah ada…
Mintalah bantuan daripada Dia…
Dia sentiasa dengar kita…
Jangan kita lupakan dia…
Senantiasa ingat dia…
Waktu susah…
Waktu senang…
Kita berserah bulat-bulat kepada Dia…
Ampunkan saya ye Allah…
Saya manusia yang daif…
Saya selalu buat maksiat…
Buat dosa…
Tapi Allah bagi macam-macam nikmat…
Demam setahun sekali…
Baiknya Allah…
Jadi…
Sentiasa semai dalam diri kita…
Ingat Allah…
Kenal Allah…
Syukur pada Allah…
Syukurlah kita….
Ameen Ya-Robb…

Monday 1 October 2012

KISAH DUA ORANG SAHABAT DAN POHON KURMA


 
Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan seribu satu kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka. Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan dan iblis. Mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.
“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.
“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.
“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.
Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”
“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.
“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.
“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….
Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.

“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.