ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Monday 11 March 2013

buat yang peduli..

buat yang peduli,
kita selalu mengaku,
kita sayang sahabat kita.
tapi pernahkah kita selami hatinya?
...
bila berkesempatan,
ambil masa untuk duduk disisinya,
sentuh tangannya dan lihatlah matanya.
masihkah matanya bersinar seperti dulu,
atau yang ada cuma cebisan - cebisan luka yang dia simpan….
lihatlah ke bibirnya,
senyumannya masihkah setulus dulu,
atau dia cuma berpura-pura menutup luka dihatinya….
dengarlah butir bicaranya,
masihkah dia petah seperti dulu,
atau cuma sepatah dua yang lahir dibibirnya..

biarlah sejauh mana terpisah,
jangan pernah lupa padanya.

dia mungkin tidak menghubungi kamu.
tapi tidak bermakna dia melupakan kamu.

dia mungkin tidak bercerita,
tapi tidak bermakna tiada apa yang mahu dia kongsi.

tanyalah khabarnya.
jenguklah dia.
bila kamu sudah bahagia,
jangan pernah lupakan sahabat kamu.
jangan putuskan silaturahim,
hanya kerana jarak yang tercipta.


insyaAllah
*senyum*


No comments:

Post a Comment