ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Sunday 19 February 2012

BERTAFAKUR SEJENAK

Alhamdulillah hari ini, hari yang penuh barakah, seperti hari-hari yang selalunya. Betapa nikmat Allah itu sangat luas. Jika hambaNya itu sedar akan nikmat NYA sebenarnya ia amatlah tidak terhitung.

Hari-hari yang dilalui akan menjadi kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah? atau berkurangkah?



Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :




"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia  mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

No comments:

Post a Comment