ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Monday 26 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 


~ ♥ ..::Air Mata::.. ♥ ~

Memiliki lebih dari seribu rasa..
Entahkan ada, entahkan tiada..
Sukar untuk diluah dek kata-kata..

Air mata..
Luahan sebuah jiwa..
Entahkan gembira, entahkan derita..
Hanya Dia Yang Maha Tahu segala rahsia..

Air mata..
Muncul saat iman diduga hebat tak terkata..
Wujud tatkala kita mula rasa lemah tidak berdaya..
Hadir dikala batin diasak dengan duka nestapa..
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam : 58)

Air mata..
Hadir di saat diri bahagia tak terkira..
Wujud dikala gembira ditambah riang tak terkata..
Muncul tatkala rasa suka melonjak di jiwa..
Air mata..
Wujud dikala kita semakin sedar akan kesilapan kita..
Hadir saat Tuhan rindu rintihan hamba-Nya..
Muncul tatkala jiwa mula menyesal akan dosa dan noda..

Air mata..
Satu kebahagiaan..
Satu kesedihan..
Satu penyesalan..
Satu khasiat dari Tuhan..
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Israa’ : 109)

Air mata..
Mendamba satu kekuatan dari-Nya..
Meminta satu ketabahan dari-Nya..
Memohon satu keutuhan dari-Nya..
Mengadu sesalan pada Yang Maha Esa..

Air mata..
Bahagia di dalam duka..
Ceria di dalam sendu jiwa..
Tidak mampu berkata-kata..
Hanya Dia Maha Tahu apa maknanya..
dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
(Surah An Najm : 43)

Mari alirkan air mata kerana-Nya..
Mari menangis bersama memohon keampunan-Nya..
Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan 

dhari apa yang selalu mereka kerjakan.”(Surah At-Taubah : 82) 

No comments:

Post a Comment