ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday, 16 June 2012

ERTI MENJADI SEORANG YANG BAIK

  Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


semalam, ada seseorang tanya saya :
"macam mana nak jadi anak dan orang yang baik ye awak?"

jawapan spontan saya : 
"buatlah yang baik-baik.. being friendly contohnya.. anak yang baik dengar kata ibu ayah. tak melawan. cakap baik-baik dengan diorang. orang yang baik, buat apa yang orang sekeliling suka."

hmm..

tapi, saya asyik terfikir je..
betullah, macam mana ye nak jadi seorang yang baik?

semakin saya fikir semakin serabut jadinye.
sebab apa?
sebab..
bukan mudah nak puaskan hati semua orang..

then, saya terfikir sesuatu..

walaupun kita tak tahu tentang orang,
at least kita tahu tentang diri kita kan?

jadi.

BUATLAH APA YANG KITA RASA KALAU ORANG BUAT PADA KITA, KITA RASA ITU BAIK.

e.g :
kalau kita rasa orang respect kita itu adalah tindakan yang baik, jadi kita respect la orang.
kalau kita rasa orang senyum kat kita itu perbuatan yang baik, kita senyum kat orang.
kalau kita rasa orang tolong kita itu perbuatan yang baik, kita pun kenalah tolong orang.



dan

JANGAN BUAT APA YANG KITA TAKNAK ORANG BUAT PADA KITA.

e.g :
kita taknak orang cakap kasar-kasar dengan kita, so, jangan cakap kasar-kasar dengan orang.
kita tak suka orang tipu kita, so, kita tak boleh la tipu orang.
kita tak berkenan dengan orang yang suka memaki, jadi.. kita janganlah join sekaki.

dan sebagainya.



kalau kita rasa kita tak cukup baik, itu anugerah, at least kita sedar dan tahu siapa kita dan kita boleh memperbaiki diri..
musibahnya adalah kita rasa kita cukup baik dan kita senang dengan rasa itu.
 
sesungguhnya,
tiada siapa yang sempurna kerana kesempurnaan itu adalah hak ALLAH semata.
kita manusia biasa, banyak lemahnya, tapi DIA kurniakan kita naluri tentang kebaikan.
fitrah kita juga sukakan kepada kebaikan.

carilah dalam diri sendiri, sebenarnya kita tahu apa itu erti menjadi seorang yang baik.
at the end,
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK.

:)
may Allah bless,
out.

Friday, 15 June 2012

KERANA SAYANGKAN DIA

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
saya sangat seronok tengok kawan-kawan disekeliling saya, sama-sama dengan saya, bermujahadah untuk meraih cinta Allah..
ada yang rasa bahagia dengan mujahadahnya..
ada pula yang rasa susah sangat..
dan tak kurang jugak, yang berbolak balik..
sekejap sekejap bahagia, sekejap sengsara..
sama la dengan saya, 
ada masa rasa kuat sangat,
then the next minute terus rasa down..
huhuk..

tapi saya tetap seronok dengan mujahadah ini..
kenapa saya seronok..? saya seronok sebab saya tahu ada orang yang sama-sama berjuang dengan saya..
walaupun mungkin mujahadah kami berbeza..

ada yang berjuang nak jaga aurat..
ada yang berjuang nak kurangkan masa yang terbuang tanpa faedah..
ada yang berjuang nak jaga hati..
ada yang berjuang nak berlapang dada..
ada yang berjuang nak mula menegur kawan-kawan kearah kebaikan..
ada pula yang berjuang nak mangawal emosi.. <-- saya la tu!
hoho.

ingatlah, tak kira apa pun perjuangan kita. apa jua mujahadah kita. kita bersama-sama.. sebab apa, sebab kita semua buat untuk mendapatkan keredhaan Allah..
betul tak? 
(:

so, janganlah rasa lemah. sebab, bukan sahaja kita bersama, malah Allah pun bersama dengan kita. in fact, DIA sendiri pun tak pernah tinggalkan kita..
setiap kesakitan, kesengsaraan, dan air mata yang mengalir, DIA pandang.. DIA tahu.. DIA tahu..
yakinlah dengan janji-NYA..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL.. 
READ THIS:
jika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sedang berusaha..
ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sedang menghitung airmatamu..
jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu..
ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk meluangkan masa dengan dirimu.. Allah sentiasa berada disampingmu..
ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya..
ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu..
jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..
ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur.. Allah terlebih dahulu sudah memberkatimu..
ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah akan tersenyum kepadamu..
ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
oleh itu ingatlah bahawa di manapun engkau atau kemanapun engkau berada.. Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disampingmu..
"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu 
memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta."
[Al Fussilat: 31]

saya suka nak ingatkan diri saya saat saya lemah, dan terjatuh, yang Allah sedang memerhatikan setiap perbuatan saya, dan Allah tengah menilai semua yang saya lakukan, untuk DIA tengok, mana yang boleh DIA beri ganjaran.. saya tahu DIA amat sayangkan saya.. sayangkan anda semua jugak..

ingatlah.. Allah ada dengan kita.. selalu.. sentiasa..
so, kuat! kuat!
Allah sayang kita, kenapa kita tak sayang diri sendiri kan?
mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis..
tapi..
mujahadah bisa jadi indah, kalau kita yakin yang Allah ada bersama..
(^_^)

Monday, 11 June 2012

SAYA RASA MALU NK TOLAK HADIAH DIA

 Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

biasanya orang akan rasa malu nak terima hadiah kan?
ni kenapa saya terbalik pulak ni?
malu nak tolak hadiah?
hadiah apa?
dari siapa?
tadi sebenarnya saya nak tulis entry berkenaan 'kenapa saya bertudung labuh'. tiba-tiba Allah hadirkan ilham bahawa tudung atau lebih tepat lagi syariat menutup aurat itu adalah hadiah dariNYA..
saya rasa Allah tak hadirkan ilham itu untuk saya seorang je, maka saya decide untuk kongsikan dalam entry saya kali ini..
:)

soalan mukadimah entry saya telah pun terjawab.

hadiah apa? --> syariat menutup aurat.
dari siapa? --> Allah swt.
~

kenapa pulak saya rasa malu nak tolak hadiah ni?

kenapa?
sebab saya tahu Allah hadiahkan syariat ini pada saya untuk menjaga diri saya sendiri. untuk menjadi perisai diri ini. untuk memandu tingkahlaku saya sehari-hari. untuk meningkatkan darjat saya menjadi seorang muslimah sejati. dan kelak nanti Allah akan kurniakan dengan syurga yang semua insan impi. andai saya benar-benar mentaati.

semuanya untuk saya, untuk kita. bukankah ini hadiah yang sangat bermakna?

saya yakin yang Allah tetap akan menjaga kita kat dunia ni, regardless of apa yang kita pakai. sebab Allah bukan hanya ada dan menjaga orang-orang yang 'taat', Allah ada untuk semua orang, in fact untuk semua makhluknya. tak kira apa pun. dari batu sehinggalah kepada malaikat. Allah ada. itu pasti.

jadi kalau tak menutup aurat dengan sempurna pun still akan selamat kan cik da?

insyaAllah selamat, sebab takdelah kalau tak menutup aurat tu kita akan gagal exam or kemalangan jalan raya. betulkan?
cuma rugilah kita.
kita tolak hadiah dari langit ini.
dan selamat kita itu hanyalah di dunia ni,
akhirat sana?
wallahualam.

Allah bagi kita peluang untuk usaha jaga diri, supaya Allah boleh award kita dengan pahala. Allahu, sudahlah bagitahu cara segala, dapat pula pahala.. ditingkatkan pula darjat.. dijanjikanNYA pula syurga andai kita benar-benar ikhlas dan taat. semuanya untuk diri kita sendiri.. Allah.. Subhanallah..

kalau saya tolak hadiah ni, saya tidak lain, hanyalah seorang hamba yang tak mengerti erti bersyukur. saya gagal menghargai permberian dari penguasa yang agung. Allah. saya takut andai saya menolak, saya adalah tergolong dalam golongan hambaNYA yang kufur. nauzubillah.
maka saya ambil keputusan untuk menyempurnakan syariat ini dalam kehidupan saya. 
 
saya mengaku yang untuk berubah itu mungkin susah. terasa menyakitkan dan payah. tapi. untuk menolak perubahan dan pembaikan diri itu juga adalah satu musibah.

Allah hanya tunggu kita untuk membuat langkah pertama, lepas tu insyaAllah DIA akan bantu kita, DIA akan datangkan orang-orang yang akan membimbing dan memberikan kefahaman itu kepada kita. percayalah dengan rahmatNYA. yakinlah yang DIA ada.

mulakanlah langkahmu. kuatkanlah azammu. terimalah hadiah ini dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran. insyaAllah Allah akan membalas sesuai dengan apa yang kita usahakan. :)

~

saya mengaku, saya mula melakukan syariat ini dengan hati yang masih belum sepenuhnya mengenal DIA, masih belum sepenuhnya faham islam yang dibawa rasulNYA, masih kelabu pandangan tentang tujuan berada di duniaNYA, dan masih dalam perjalanan mencari jawapan tentang segalanya.

tapi, Alhamdulillah, dengan langkah saya itu Allah anugerahkan saya dengan hadiah-hadiah yang menyusul tanpa henti, Allah hadirkan orang-orang yang membantu saya untuk memahami itu dan ini, membawa saya mengenal erti sebenar lahirnya saya di muka bumi, pencerahan demi pencerahan dikurniakanNYA tanpa henti.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

kini, saya terima hadiah ini dengan hati yang benar-benar mengerti, yang demi redhaNYA saya perlu melakukannya, saya mesti patuh dan taat dengan segala perintah dan laranganNYA. bukan hanya dalam syariat menutup aurat, malah dari seluruh aspek kehidupan saya. saya faham kini yang saya perlu islam di luar dan dalam diri saya. dan saya masih lagi berusaha untuk itu.
saya sangat yakin dan percaya, yang andai kita benar-benar faham yang Allah itu ada, yang islam itu benar, yang janjiNYA tentang syurga dan neraka itu pasti, kita pasti akan mentaati.
insyaAllah.
dan..
saya percaya, setiap anda yang membaca entri ini dari mukadimah sampai kepada ayat ini mempunyai sekeping hati yang sedang mencari jalan untuk kembali.. untuk kembali kepada Illahi.. 
tanyalah hati anda, bila lagi hendak memulakan langkah kalau bukan hari ini?

kalaupun bukan dengan menyempurnakan syariat ini, mulakanlah langkah untuk memahami erti aqidah islami.
insyaAllah, aqidah yang mantap akan mendorong perlaksanaan syariat yang sempurna. zahir dan batin.
selamat bermujahadah. moga Allah tunjukkan jalannya.
insyaAllah.
 sekian.

Tuesday, 1 May 2012

dengan izinNya, lahirlah lagi keturunan keluarga kami..

 Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
alhamdulillah....
dengan izinNya, lahirkan lagi seorang anak adam di muka bumi ini...
anak buah ana yang terkini n hot buat masa sekarang nie..hehe(,'')_('',)
anak angah yg no-2....
name'y kami dalam proses nk letak jgk nie...
mmg pening, ceh! mcm ana je mak kandung die...

Sunday, 29 April 2012

kenal Allah, maka kamu akan kenal kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Segala puji bagi Allah yang telah memberiku nafas sehingga waktu ini. Sebuah kesempatan hidup yang sangat berharga… Di mana begitu banyak tangis yang kita keluarkan hanya sia2 kadang kala..

Sahabat2ku… Izinkan aku menulis sedikit tentang kehidupan kita. Tentang suka duka dan segala rasa yang mewarnai kehidupan kita sebagai manusia di bumi Allah ini.

Malam itu aku masih terjaga. Hingga kemudian getar hp menandakan ada mesej baru diterima. Dari seseorang yang merasa putus asa dengan kehidupannya. Emoticon menangis tertera di mesejnya. Beberapa ayat penenang yang aku berikan  namun tidak sama sekali memberikan kesan kepadanya. Lagi dan lagi emoticon menangis itu dihantarnya kepadaku menunjukkan betapa sedih hatinya. Hingga kepada ayat terakhir yang ku pesankan kepadanya “andai saja kamu mahu mengenal siapa Allah, pasti hidup kamu akan terasa indah”..

Aku bukan perempuan yang lahir dengan sejuta kebahagiaan. Aku sama denganmu, sama dengan kalian semua. Memang hidup bukan hanya ada suka tapi pasti ada duka. Keduanya beriringan serentak, sejak kita lahir ke dunia hingga kita masuk ke liang lahat. Hidup ini bukan hanya ada suka. Hidup ini bukan hanya ada duka. Hidup ini pasti ada suka dan duka. Ya, hidup adalah suka dan duka…

Semalam aku buka kembali sejarah silamku, ingin melihat siapa aku dahulu dan membandingkannya dengan aku yang sekarang. Ternyata dulu pernah tertulis status dalam profileku, “ya Allah aku bosan hidup, kenapa ya?”.. ya sahabatku, dulu aku juga seperti kamu. Aku pernah merasakan apa yang kini sedang engkau rasakan. Dulu aku merasa hidupku begitu membosankan. Hanya begitu setiap hari. Aku merasakan hidupku hanya ada hitam dan putih. Tidak ada warna lain. Begitu bosan. Namun semua berubah… semua berubah dan menjadi indah.

Ya, semua berubah dan menjadi indah sejak cahayanya masuk ke dalam hatiku. Saat itu yang hitam dan putih pun lebur menjadi jutaan warna yang sangat berwarna warni. Aku tahu apa yang kini engkau rasakan dan apa yang dulu pernah aku rasakan… itulah hati yang kering dari iman, itulah hati yang jauh dari Tuhan.

Kenalilah Allah… maka engkau akan mengenal apa itu kehidupan.

KENALI ALLAH, KENALI ALLAH, KENALI ALLAH…

Hanya itu solusi yang dapat aku kuberikan sahabatku.
Kerana cukuplah Allah sebagai sandaranmu maka yakinlah bahawa engkau tak akan terjatuh.
Kerana cukuplah Allah tempatmu mengeluh maka yakinlah bahawa Dia mampu mengangkat masalahmu.
Kerana cukuplah Allah sebagai penolongmu maka tak perlu ada lagi yang engkau risaukan.

Allah itu pengasih, penyayang, dan tak pernah mahu menzalimi hambaNya…
Allah itu suka mendengar apa yang engkau minta, mengadu, memohonkan segala sesuatu…
Maka dari itu Allah suka mendengar hambaNya berdoa…
Janganlah risau sahabatku, Allah pasti mendengar setiap apa yang engkau utarakan…
Kerana Dialah sebaik-baik pendengar sahabatku.
Percayalah, Dia tidak akan menzalimi dan menyakiti hambaNya.
Percayalah..

Maaf, jika aku berkata seakan aku sudah mengenal baik siapa Allah…
Jujur, aku pun baru mengenalNya, baru merasakan betapa indahnya perkenalan ini..
Sampai sekarang pun aku masih ingin memperdalamkan perkenalan ini…
Kerana semakin mengenalNya maka semakin ada cinta sahabatku..
Bukan berarti aku sudah mencintaiNya…
Sampai sekarang pun aku masih meminta untuk diajari cinta olehNya
Bagaimana cara yang benar untuk mencintaiNya

Indah sahabatku..
Indah sekali mengenalNya, aku tak mampu menggambarkan dengan kata-kata…
Cukuplah kau cuba dan nikmati sendiri bagaimana rasanya.
Terkadang kita ini terlalu egois…
Menuntut ini dan menuntut itu pada Allah, sedang kita sendiri tidak suka dituntut oleh aturan-aturan yang Allah buat.

Lihat betapa banyak orang menanyakan kenapa harus menutup aurat? Kenapa harus pakai tudung? Mengganggu hak asasi saja!!

Lihat betapa banyak orang yang memberontak dan tidak suka dengan aturan Allah yang melarang hambanya untuk bercouple… kenapa tak boleh couple? Ini kan soal perasaan!! Kenapa kenapa kenapa??

Tapi Allah?? Adakah Allah pernah bertanya kenapa kamu sering2 meminta bahagia? Kenapa kamu meminta hidup kaya? Kenapa?? Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu bahagia atau menderita. Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu miskin atau kaya. Allah tidak demikian. Allah itu dengan segenap kasih sayangNya menurunkan ayat ini:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku sangat dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2: 186)

Lihat bagaimana cara Allah menuturkannya…

Allah terlebih dahulu mengutarakan apa yang akan Dia BERI kemudian baru Allah mengutarakan apa yang Dia MINTA dan di jelaskan kembali bahawa apa yang Dia minta tak lain juga adalah untuk kebaikanmu..

Subhanallah.. tidakkah berdidik hatimu mendengar ayat seperti ini?

Itu janji Allah sahabatku, janji yang tak kan pernah Tuhanmu ingkari :)

Kita ini terlalu kikir…

Setiap apa yang kau punya… setiap apa yang engkau miliki, datangnya dari Allah sebenarnya. Itulah pemberian Allah. Fikirkan berapa banyak pemberianNya sejak kita lahir ke dunia. 

Sahabatku, ketika engkau merasa bahagia memiliki ibu yang begitu menyayangimu, ingatlah itu dari Allah sebenarnya. Dari Allah yang begitu memperhatikan kebahagiaanmu, hingga Dia mengirimkan malaikat bernama “ibu” untuk mendampingi liku-liku hidupmu di dunia. Pernahkah kau mensyukurinya? Sedarkah engkau bahawa itu salah satu bentuk kasih sayangNya??

Namun, sering2 kita memandang pemberianNya dengan sebelah mata. Begitu sering kita lupa membaca Alhamdulillah. Bahkan kita selalu lupa semua itu adalah pemberian Allah. Astaghfirullah.

Mari kita sama2 fikirkan, ketika Allah sentiasa mencurahkan nikmatNya… kita lupa bersyukur. Namun, ketika Allah hanya mencabut satu nikmat yang kita sedang rasakan, kita meraung-raung, menyalahkanNya. Kenapa ya Allah kenapa? Apa salahku ya Allah?

Sebenarnya masih banyak yang ingin ku utarakan…
Tapi meski tulisan sejumlah air dilautan gunakan, takkan dapat ku tuliskan semuanya.
Ya, akan begitu panjang jika kutulis kesalahan kita padaNya.
Iringi hidup kita dengan istighfar dan hamdalah
Kerana setiap detik kita menikmati pemberiannya namun seringkali kita bermaksiat padanya.

“Alhamdulillah astaghfirullah”

Saturday, 21 April 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ  
Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

>>> Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan (✿◠‿◠)
saya bukan jenis orang yang senang mengalah..saya bukan jenis yang mudah patah hati..
saya bukan jenis yang suka merintih pada kesenangan orang lain..saya bukan jenis yang mudah untuk mengalirkan air mata..saya bukan jenis yang hanya mementingkan diri sendiri..
saya bukan jenis yang berdendam..saya bukan jenis yang xpeduli pada sahabat..saya bukan jenis yang suka mengelak dari masalah yang timbul..saya bukan pada hakikatnya.....
TAPI, Allah yang lebih mengetahui siapa ana sebenarnya..
tatkala diri ini buntu..tatkala diri ini merintihkan seseorang untuk menjadi tulang belakang ana kembali tegak ketika ingin berdiri...maka, itulah diri ana sebenarnya...mudah mengalah,mudah menangis,mudah patah hati, mudah merintih,
YA ALLAH kuatkan hambamu ini...ana yakin Dia sentiasa bersama ana tatkala susah mahupun senang...

Friday, 13 April 2012

saling tegur menegur

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
MENEGUR DAN DITEGUR 

PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati
~Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insyaAllah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.

KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati
~Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!

Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

✔Anggaplah teguran sebagai HADIAH RABBANIYAH
✔Anggaplah teguran sebagai UNGKAPAN SAYANG
✔Anggaplah teguran sebagai GURU DI MEDAN
✔Anggaplah teguran sebagai CERMIN MEMPERINDAHKAN DIRI

Ayuh kita muhasabah diri insyaAllah :)