ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday, 28 January 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
♥ ♥ Sikap tawakkal menghilangkan rasa putus asa, sebab kita menyedari bahawa suatu usaha yang belum berhasil adalah kerana Allah S.W.T memang belum menghendakinya... ♥
dan percayalah setiap ujian yang menimpa pada seseorang itu pasti ada hikmah d'sebaliknya... kerana Allah swt xkan menguji kita jika kita tidak mampu melaluinya...                            
malah setiap ujian atau masalah itu pasti telah d'aturkan juga penyelesaian di akhirnya...
kita sebagai hambaNya perlu melalui setiap detik waktu dalam perjalanan hidup yang singkat ini...
Allah swt maha mengetahi mana yang terbaik untuk hamba2Nya...jadi, redha dan ikhlaskanlah di atas setiap yang berlaku...                                                                                                
''cukuplah Allah untukku.Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku''
semua yang berlaku adalah takdir dariNya yang telah di tulis dalam buku catatan kita.................... laluilah dengan penuh tabah dan kesabaran..
insya'allah pecinta-pecintaku n xpecially utk najwa saz, hope kamu faham(,'')__('',)

Wednesday, 25 January 2012

for family ALONG, congratez ya..yg ke-3 nie,,,hehe(^_^) izzul daniel, comel sgt2........
haiqal n iLa mak anjang dh dpt adik baru...
msti syg2 sgt taw kat adik 2...
dh ad 2 org adik n jd along...
iLa dh jd angah...
haiqal jgn nakal2 dh ye...
nnti mak anjang xnk bagi hadiah dh...he2, ugut nie!!
msti jadi along yg benar2 bertanggungjawab ye...
sayang sume 'my heart' anjang taw...

 SEMANGATNYE!!! izzat haiqal nie...........makan ayam goreng 2 agak2 gak ye syg,,


nie anak sulung angah..
ala-ala rayyan anjang nie, pandang atuk cam xpuas ati je~~~
hahhaha=) pandang sayang ye....
suke ye die ye..mane x ye, dapat jalan sampai ke kedah ye....hehehe (,'')__('',)
yeeeeeee..........dia dh dapat jalan dgn sendiri akhir ye, YES!!!


Wednesday, 18 January 2012



Bismillahirrahmanirrahim...
ini buat kamu semua..


ukhtiku sayang..
bila sampai satu masa di mana aku tak mengutusimu..
itu bukan bererti aku meyisihkanmu..
tak juga bermakna aku sedang melupakanmu...
bukanlah aku yang akan melupakan sahabat-sahabatku..
tapi itulah masa pencarian diri untuk kau dan aku.,
mungkin ada sesuatu yang xdapat kau temui dengan adanya aku..

aku tak ingin kau dipengaruhi aku andai aku membawa keburukan.
aku xmahu disalahkan di suatu hari nanti di depan Tuhan..

kamu tetap sahabatku sampai bebila..
mungkin acuan kita berbeza..
tapi tetap dari adunan yang sama..
dan rasanya pastilah akan sentiasa tiada beza...
lainla kalo tak ditambah coklat atas adunanmu jua~

aku xpernah menganggap kamu dan diriku berbeza..
tak kau tau duri hidup yang melanda..
dan aku juga pernah melalui saat-saat sepertimu yang sedia..
namun xperlu kuceritakan kesemuanya..
tak ingin kubuka pekung tertutup di dada..
kerana Allah telah begitu baik menutupinya..Alhamdulillah.



sahabatku yang kurindu...
zaman remajaku bukan seindah mana..
mungkin luaran ku bagaikan jauh meninggalkanmu..
namun ketahuilah aku tetap mengatakan kamulah yang lebih baik berbanding aku..

temanku,
kusentiasa mahukan yang terbaik untukmu...
ingatkah dirimu tatkala aku tinggalkan sesuatu untukmu?
di situ aku mahu menarikmu dari cinta lelaki yg diluahkan..
ingin kunyatakan mana yang perlu aku tegakkan..
bukan sekadar memandang pada lenanya sahabat tersayang..

namun disitu..
mungkin aku xtak mengerti..
katamu kita berhak untuk jadi diri sendiri...
terkesima aku pada ayat penyata itu..
yang kutahu sepatutnya kamu tau letak dirimu...

sahabatku permata keluarga..
padamu ada sejuta kemuliaan..
di hatimu ada banyak kebaikan..
jangan pernah nodai semua itu dengan kepalsuan dunia..
kerana bukanlah kita hidup kecuali untuk tunduk padaNYa...

ku mahu kau sedar..
bahawa cintamu tak perlu kau sandar pada dia..
dan hatimu tak berhak dikotori dengan mengingati si dia..
bukan dengan lelaki yang tak halal denganmu..
bukan untuk dia yang berani melalaikanmu..

jika kau tuduh diriku cemburu.
ya benar!!
aku cemburukan dia yang kau gelar kekasihmu..
aku dengkikan dia yang sentiasa kau ingat dalam hatimu..
layakkah dia menggantikan letaknya Allah disanubarimu??

pencetus ceriaku..
bukan xpernah aku rasakan apa yang kau rasa...
bukan xpernah kuterjatuh dalam jaga..
bukan tak ingin melihat kau bahagia..
bahkan kerana itu aku mahu kau lebih berjaga-jaga,
supaya kita tak berkongsi penyesalan yang sama,

ketahuilah sayangku..
bahawa aku ingin engkau sentiasa terjaga..
aku ingin dirimu mekar di taman bahagia..
aku mahu kau senang di hari-hari muka..
aku nakkan kamu tersimpan sebagai wanita mulia..

sedarlah kasihku..
cintamu padanya xkan mampu membawa kalian ke syurga.
luahan rindumu itu xkan pernah mendapat syafaat baginda keluar dari neraka..
bukan selagi cintamu tidak hanya padaNya..
tidak selagi rindu itu bukan pada Muhammad Nabi tercinta!

 ayuh sahabatku kita mujahadah bersama,
akan kugenggam tanganmu biar setia sentiasa,
bawalah aku juga ke taman syurga,
kerana aku pasti Allah juga meredhai ukhuwah kita!

buatmu sahabatku..aku sentiasa ada di sini untukmu..(^_^)

sabda Rasulullah s.a.w,
«Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»

kau=aku
aku=kamu

Monday, 16 January 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
hampir ke penghujungnya....
tirai juga hampir menutupi ruangannya...
sem yang sungguh pendek bagi ana...
pelbagai ana pelajari disini...
tetapi penuh dengan rencak,
liku-liku, 
kesabaran, 
kesungguhan,
keputus asaan,
kemanisan,
kepahitan dan
kematangan untuk diri ana... 
menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa...
dengan izinNya dapat juga ana melaksanakan tanggungjawab ini sebagai hambaNya...
insya'allah...


       ...43 jam lagi ana d'sini...
...16 jam diriku masih d'sini lagi....
....7 jam menanti saat terakhir....
.....hampir ke penghujungnya....



Saturday, 14 January 2012

Soal jodoh... Allah yg tentukan... tugas kita berusaha, berdoa dan bertawakal... :)

~SAYANG MAK & ABAH SANGAT SANGAT~

Allah Mengajariku Mengatur Hidup yang Baik..

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Allah swt sudah seperti orang tuaku, kekasihku, sahabatku, bahkan Big Boss,,,
Dialah yang memerhatikan,
Dialah yang mengarahkan,
Dialah yang mengawasi,
Dialah yang mengatur,
Dialah yang menentukan
keseharianku, dengan berpasrah kepda-Nya,
aku ikhlas atas apa yang telah diajarkan-Nya kepadaku,
Dia mengajariku beribadah sejak bangun pagi sampai tidur malamku terlena.

segala puji bagi Allah atas semua nikmat yang telah diberikan kepadaku..
sungguh, ak tidak mahu jauh dariNya..
Inilah kehendak Allah agar semua hamba-Nya menjadi Khalifah di bumi yang 'Hakiki'.

Allah swt berfirman:
 ''sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di bumi, maka berilah keputusan antara manusia dengan benar,dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, nescaya ia akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah bagi mereka azab yang pedih kerana mereka melupakan hari perhitungan, dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang di antaranya itu sia-sia. Itulah persangkaan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir di neraka. Ataukah (mereka sangka) Kami jadikan orang-orang beriman dan beramal soleh itu seperti orang-orang yang berbuat kerosakan di bumi, ataukah (mereka sangka) Kami jadikan orang-orang taqwa itu seperti orang berbuat derhaka?. Inilah Kitab (Al-Qu'ran) yang Kami turunkan kepadamu yang penuh berkah supaya mereka memikirkan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran mendapat pelajaran.''