ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Wednesday 18 January 2012



Bismillahirrahmanirrahim...
ini buat kamu semua..


ukhtiku sayang..
bila sampai satu masa di mana aku tak mengutusimu..
itu bukan bererti aku meyisihkanmu..
tak juga bermakna aku sedang melupakanmu...
bukanlah aku yang akan melupakan sahabat-sahabatku..
tapi itulah masa pencarian diri untuk kau dan aku.,
mungkin ada sesuatu yang xdapat kau temui dengan adanya aku..

aku tak ingin kau dipengaruhi aku andai aku membawa keburukan.
aku xmahu disalahkan di suatu hari nanti di depan Tuhan..

kamu tetap sahabatku sampai bebila..
mungkin acuan kita berbeza..
tapi tetap dari adunan yang sama..
dan rasanya pastilah akan sentiasa tiada beza...
lainla kalo tak ditambah coklat atas adunanmu jua~

aku xpernah menganggap kamu dan diriku berbeza..
tak kau tau duri hidup yang melanda..
dan aku juga pernah melalui saat-saat sepertimu yang sedia..
namun xperlu kuceritakan kesemuanya..
tak ingin kubuka pekung tertutup di dada..
kerana Allah telah begitu baik menutupinya..Alhamdulillah.



sahabatku yang kurindu...
zaman remajaku bukan seindah mana..
mungkin luaran ku bagaikan jauh meninggalkanmu..
namun ketahuilah aku tetap mengatakan kamulah yang lebih baik berbanding aku..

temanku,
kusentiasa mahukan yang terbaik untukmu...
ingatkah dirimu tatkala aku tinggalkan sesuatu untukmu?
di situ aku mahu menarikmu dari cinta lelaki yg diluahkan..
ingin kunyatakan mana yang perlu aku tegakkan..
bukan sekadar memandang pada lenanya sahabat tersayang..

namun disitu..
mungkin aku xtak mengerti..
katamu kita berhak untuk jadi diri sendiri...
terkesima aku pada ayat penyata itu..
yang kutahu sepatutnya kamu tau letak dirimu...

sahabatku permata keluarga..
padamu ada sejuta kemuliaan..
di hatimu ada banyak kebaikan..
jangan pernah nodai semua itu dengan kepalsuan dunia..
kerana bukanlah kita hidup kecuali untuk tunduk padaNYa...

ku mahu kau sedar..
bahawa cintamu tak perlu kau sandar pada dia..
dan hatimu tak berhak dikotori dengan mengingati si dia..
bukan dengan lelaki yang tak halal denganmu..
bukan untuk dia yang berani melalaikanmu..

jika kau tuduh diriku cemburu.
ya benar!!
aku cemburukan dia yang kau gelar kekasihmu..
aku dengkikan dia yang sentiasa kau ingat dalam hatimu..
layakkah dia menggantikan letaknya Allah disanubarimu??

pencetus ceriaku..
bukan xpernah aku rasakan apa yang kau rasa...
bukan xpernah kuterjatuh dalam jaga..
bukan tak ingin melihat kau bahagia..
bahkan kerana itu aku mahu kau lebih berjaga-jaga,
supaya kita tak berkongsi penyesalan yang sama,

ketahuilah sayangku..
bahawa aku ingin engkau sentiasa terjaga..
aku ingin dirimu mekar di taman bahagia..
aku mahu kau senang di hari-hari muka..
aku nakkan kamu tersimpan sebagai wanita mulia..

sedarlah kasihku..
cintamu padanya xkan mampu membawa kalian ke syurga.
luahan rindumu itu xkan pernah mendapat syafaat baginda keluar dari neraka..
bukan selagi cintamu tidak hanya padaNya..
tidak selagi rindu itu bukan pada Muhammad Nabi tercinta!

 ayuh sahabatku kita mujahadah bersama,
akan kugenggam tanganmu biar setia sentiasa,
bawalah aku juga ke taman syurga,
kerana aku pasti Allah juga meredhai ukhuwah kita!

buatmu sahabatku..aku sentiasa ada di sini untukmu..(^_^)

sabda Rasulullah s.a.w,
«Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»

kau=aku
aku=kamu

No comments:

Post a Comment