Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Woha..!!
Aii skema je tajuk atas….
Sahabat..!!!sebuah kata yg sanggup
membuat hati ini berdebar.!! sababat adlh hal terpenting dlm hidupku!!..buat
sahabatku semua ..aku sayang kamu! "jika memang terjadi,dan esok hari aku
tdk dpt bersamamu lg,,ketahuilah hal trindah yg kubawa pergi,adl ^aku pernah
Bersamamu^"
Haha…aku suka
kata2 kat atas ni..Ntah mane aku jumpe…Kalau aku bagi kawan2 aku diorang mesti
mcm sedih je dgr. Ade yg terharulah, ade yg terkedulah, n mcm2lah...
Dan semalam aku
ade join 1 program, n ade sorang akhwat ni ckp, iman berkadar langsung dgn
ukhwah. Benar, iman berkadar langsung dengan ukhwah. Apabila kita berada di
bi’ah yg baik, dikelilingi oleh mereka2 yg selalu mengingati ALLAH, insyaALLAH
hati kita pun akan terjaga. Mana Xnya, once klu kita nak buat perkara2 lagha, insyaALLAH,
mereka akan mengingatkan kita tntg perkara dosa tu. Beza kalau kita berada
dirumah, mudah utk kita melakukan perkara2 lagha. Tengok tv? Dengar Hot FM?
Era? Melodi? Dah jadi perkara biasa. Tilawah kemana, mathurat kemana, dhuha
kemana.... Dan bertapa pentingnya mencari teman yang betul2 berukhwah kerana
ALLAH. Oh sekarang mmg mudah mengatakan ukhwah fillah, mmg ramai yg kata ukhwah
fillah abadan abada. Tetapi sejauh mana kita betul2 menpraktikkan ukhwah kerana
ALLAH tu. Dan juga akhwat tu ckp, klu betul2 kita berukhwah kerana ALLAH,
setiap kali kita melihat teman/sahabat tu, kita akan terus mengingati ALLAH...
MasyaALLAH, indahnya....
Ya
betul...Alhamdulillah, walaupun aku bukanlah yg terbaik. Tetapi aku bersyukur
kerana ALLAH telah menganugerahkan aku sahabat2 yg insyaALLAH berukhwah kerana
ALLAH. Sahabat yg apabila aku pandang wajahnya, terus igt
ALLAH...ohh...Sahabat2 yg berhajat utk memperjuangkan Islam.
Aku bukanlah
seorang yg baik. Aku masih mencari apa yg aku
mahu cari... Dan insyaALLAH aku sudah jumpa apa yg aku cari..Aku nak kongsi
dengan kawan2 aku yg lain apa yg aku cari slama ini (apa2 lah..) Yg mana aku
berada di bi’ah yg insyaALLAH yg terjaga.. Bi’ah yg insyaALLAH ingin mencari
redhaNya smata. Aku yg mana dahulu selalu mengamalkan amalan2 jahiliyyah,
alhamdulillah sedikit demi sedikit aku cuba untuk meninggalkan amalan tersebut.
Dan aku nakkan kawan2 aku yg lain rasa apa yg aku rasa. Rasa betapa
indahnya berada di bi’ah yg solehah. Tiba2 teringat 1 hadis nabi :
Dari Abu Hamzah
Anas b Malik ra, Rasulullah saw bersabda, ”Seseorang diantara kalian tidak
dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai
dirinya sendiri” (HR Bukhari dan Muslim)
Kadang2 aku
fikir balik. Apa yg aku dapat ni aku nak kawan2 aku yg lain rasa jugak. Tak
dikatakan beriman kalau kita ye2 sayang diri kita tp kita biarkan saudara kita
yg lain lalai dlm dunia sendiri. Masing2 buat hal masing2. Konon baik, tp nak
baik sengsorang. Biarkan orang2 disekeliling kita hanyut dengan dunia ciptaan
sendiri. Alasan, sebab diri pun xbaik lagi. Famly pun xbaik lagi. Biarlah diri
ni betul dulu baru betulkan orang lain. Biar diri ni sempurna dulu, baru
sempurnakan orang lain. Heii..sampai
bile nak tuggu diri tu sempurna??, sampai bile nak tunggu diri tu betul
semua???... Ingat!! Xde orang yg sempurna...
Aku tiba2 emosi pulak, yu huuu....
Ok balik kpd
sayangkan saudara tu. Aku nakkan kawan2 aku yg lain rasa apa yang aku rasa. Sbb
aku fikir, nabi ckp klu seseorang tu beriman, die akan sygkan saudaranya mcm
dia sygkan diri die. So, jika aku sygkan korang sume, aku nakkan korang pun
rasa apa yg aku rasa. Aku xckp diri aku baik, aku xckp diri aku beriman,
siapalah aku nak judge diri aku sendiri, hanya ALLAH yg tahu. Tp disebabkan
persaudaraan Islam tu, aku terpanggil untuk mengajak korang sume. Aku nak
kawan2 aku rasa nikmat tarbiyah tu!!!
Tapi, mengapa
kadang2 mereka tidak memahami tujuan aku. Mengapa mereka selalu mensalah
tafsirkan niatku itu. Mengapa mereka memain2kan ajakan aku. Adakah caraku
salah?? Adakah tidak kena tempat?? Ataukah kerana dosa2ku yg lalu, maka
terhijab segalanya...Huaaa...aku sedih yg xterhingga...Ya Allah, hambaMu mohon
ampun...
Kepada sahabat
seperjuangan, JAZAKUMULLAH KHAIRAN KHATIRAN...maafkan ana, kalau ana ada
terguris hati antunna sume. Ana sedar ana bukanlah sahabat yg terbaik untuk
antunna sume. Jazakumullah dengan segala nasihat, dorongan dan sokongan untuk
kita sama meneruskan kehidupan dijalan tarbiyah ini...
Kepada kawan2ku
semua.. Aku xde niat untuk mengongkong hidup kamu. Aku tidak ada niat untuk
mengatur hidup kamu. Aku tidak ada niat untuk menghalang apa yg kamu suka buat.
Tp apa yg aku tegur adalah untuk kebaikan kamu juga. Kadang2 hatiku menangis,
dimana silapnya?? Maafkanku sahabat, selagi apa yg aku lihat padamu, dan aku
ketahui itu tidak elok untukmu, maka aku akan lakukan apa yg sepatutnya aku
lakukan...Aku berdoa dan berharap yang terbaik untuk kamu.
Dengarlah
luahan hatiku ini..
Aku menyayangimu disegenap jiwaku..
Tak pernah terlintas dibenakku untuk menyakitimu..
Aku hanya ingin membantu..
Bantumu mencari yang terbaik untukmu..
Kebahagianmu kegembiraanmu itu harapanku
Aku menyayangimu disegenap jiwaku..
Tak pernah terlintas dibenakku untuk menyakitimu..
Aku hanya ingin membantu..
Bantumu mencari yang terbaik untukmu..
Kebahagianmu kegembiraanmu itu harapanku
p/s : kerana
aku terlalu sayangkan sahabat...wohaa!!
No comments:
Post a Comment