Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia,
pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga.
seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup
lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri.
orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah,
tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.
serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman
yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air
mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan
kata kata,
“takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.
Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.
Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?
Lalu, masa
tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak
diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa
tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah,
kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri
diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan
sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati,
seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil
diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk
kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang
diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian
sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal
nanti.
Kenapa AKU yang diuji?
Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan
kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan
berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah
mengalami?
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu
untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa
hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di
bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.
kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di
luar kemampuan hamba hambaNya..
No comments:
Post a Comment