Alhamdulillah hari ini, hari yang penuh barakah, seperti hari-hari yang selalunya. Betapa nikmat Allah itu sangat luas. Jika hambaNya itu sedar akan nikmat NYA sebenarnya ia amatlah tidak terhitung.
Hari-hari yang dilalui akan menjadi kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah? atau berkurangkah?
Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia
mengutamakan
perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada
dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai
Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa
nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang
maksiat."
Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika
cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu
sanggup mentaati sesuatu."
No comments:
Post a Comment