Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
abah n emak selalu pesan kat anjang tentang dalam memilih 'sahabat'..
abah n emak selalu pesan kat anjang tentang dalam memilih 'sahabat'..
“Imam
Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya
engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu
kamu
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan
menerimanya dengan baik
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik
persahabatan kamu
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan
menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia
akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan
menanyakan kesusahan kamu
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah
untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan
perkara buruk atau maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan
teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati.
“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap
temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik
terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan … Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila
kamu melakukan kesalahan… serta insan yang mampu menerima teguran
apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling
memelukan….
Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya… ada
awal tiada penghujungnya…..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk
redhaNya…..
Seutas tasbih sebuah janji
SALAM UKHWAH ^ ,^