ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Friday, 22 March 2013

dunia itu luas

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Dah ketika kita membayangkan sesuatu yang luar biasa? Itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat.


Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita. Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan Persahabatan. Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang yang kita tidak ingin tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir di dunia, melainkan awal sesuatu kehidupan baru.
Kebahagian ada untuk mereka yang menangis. Mereka yang tersakiti mereka yang tidak mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekahlah yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. Persahabatn sebagai sahabat baik adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya. Erti persahabatan ini cukup luas. Kekadang tidak semua orang dapat memahamikan nya. Bagi yang memahami erti persahabatn kawan baik mereka akan menghargai setiap detik, setiap masa bersamanya :D

Cerita ini dipetak dari incik google. Mari kita sesama hayatinya :)

Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR:cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.

CIKGU:"Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....

- Again-

Setiap hari sebelum aku melelapkan mata ini aku selalu berharap supaya esok akan menjadi hari yang terindah buat semua :'D Tak kiralah sama ada hal aku, family, sahabat, guru guru dan jugak umat islam. Mengharap esok hari yang dinanti oleh setiap manusia. Hari apa? I dont know. Hari yang bermakna. Yes bermakna! :P
 
Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa sahabat percintaan akan berakhir. Tapi tanpa cinta sahabat boleh kekal. Kerana sahabat mewakili kekuatan yang abadi, right? :'D Jika air mata adalah tanda saat mulut tak terkata. Diam pula adalah bahasa saat hati tidak mampu lagi untuk berbisik berbicara. Sesungguhnya pergaduhan ketika bersahabat itu adalah normal :') Tipu sangat kalau anda tidak mengia kan ia. Tiada manusia yang sempurna dan setiap manusia melakukan kesalahan. Kekandang pergaduhan agak simple mematang seseorang tentang sesuatu perkara. Mematang yes mematang. Dan ia membuka mata anda tentang sahabat anda :'D

Sahabat dan kawan itu lain ;">

Katakan pada hati kita " Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambamu. Disebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya". setiap orang ada cerita sendiri. Life isn't about waiting for de storm to pass, it's about learning how to dance in de rain! :P Dalam masa kejayaan teman teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan kita mengenal teman teman kita. Ingatlah bila terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda? :D siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai. ek?

hargai lah dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat boleh lebih dekat dari para saudara sendiri :'D

Friday, 15 March 2013

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,
“takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.
Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.
Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?
Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.
Kenapa AKU yang diuji?
Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Monday, 11 March 2013

buat yang peduli..

buat yang peduli,
kita selalu mengaku,
kita sayang sahabat kita.
tapi pernahkah kita selami hatinya?
...
bila berkesempatan,
ambil masa untuk duduk disisinya,
sentuh tangannya dan lihatlah matanya.
masihkah matanya bersinar seperti dulu,
atau yang ada cuma cebisan - cebisan luka yang dia simpan….
lihatlah ke bibirnya,
senyumannya masihkah setulus dulu,
atau dia cuma berpura-pura menutup luka dihatinya….
dengarlah butir bicaranya,
masihkah dia petah seperti dulu,
atau cuma sepatah dua yang lahir dibibirnya..

biarlah sejauh mana terpisah,
jangan pernah lupa padanya.

dia mungkin tidak menghubungi kamu.
tapi tidak bermakna dia melupakan kamu.

dia mungkin tidak bercerita,
tapi tidak bermakna tiada apa yang mahu dia kongsi.

tanyalah khabarnya.
jenguklah dia.
bila kamu sudah bahagia,
jangan pernah lupakan sahabat kamu.
jangan putuskan silaturahim,
hanya kerana jarak yang tercipta.


insyaAllah
*senyum*


Sunday, 10 March 2013

terima kasih sahabat..:')

kadangkala kita tak sedar, kawan yang sentiasa membuat kita tersenyum tu adalah orang yang tulus menyayangi kita, namun kita tetap memilih dia yang sering membuat kita terluka :')


kadang-kadang sesetengah benda kat dunia ni, 
kita hanya mampu melihatnya namun tak dapat memilikinya :')
Cubalah untuk hapuskan air mata itu daripada tangisi orang yang tak pedulikan kita kerana masih ramai yang menanti keceriaan dari kita . .

susah nak fahami hati seseorang.
kata sayang, tapi abaikan ~,~

belajarlah untuk menyayangi orang yang sudah pasti menyayangi kita daripada kita menyayangi seseorang yang kita suka namun belum tentu akan sayang kita macam kita sayang dia :)
tabahlah wahai hati.
walau dia takde, tapi Allah sentiasa ada untuk kita :)
Berhenti sakiti diri sendiri dengan mengharapkan seseorang yang tak pasti, 
yakinlah pada diri kita boleh bahagia tanpanya :)

saya suka bila ada seseorang yang mampu buat saya ketawa saat saya tak nak senyum :')
Bila dia selalu datang pada kita, kita langsung tak sedar dan hargai kehadiran dia. 
Tapi bila dia dah pergi dari hidup kita, baru sibuk nak tanya kenapa :')
Nak cipta satu kenangan tu senang, tapi nak melupakan kenangan tu yang susah.


Sebab tu bila dia dah takde pun, kadang kita akan menangis bila terkenang kembali :')
Rapat tak bermakna suka, rapat tak bermakna cinta, rapat tak bermakna berharap,
kadang seseorang tu rapat dengan kita sebab dia ambil berat dan ikhlas ingin berkawan :)

gaduh → rindu → tunggu dia text → tertidur → bangun → tengok handphone → takde mesej → sambung tidur → mengalir air mata

Kadang - kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari selepas ia pergi . . 
Waktu itu kita hanya mampu pasrah kerana kita tak dapat undurkan kembali masa yang telah berlalu . . ;)
Kalau seseorang yang kita sayang tu membuat kita sedih, 
dan datang seribu KAWAN memberi senyuman pada kita.


Ia tetap tak sama dengan senyuman seseorang yang kita harapkan itu
Jangan pernah mengharap sebuah kesempurnaan dari seorang teman kerana sesungguhnya kesempurnaan itu tak akan pernah ada. . 
Namun, berusahalah jadikan yang tak sempurna itu satu kesempurnaan dimatamu.
Pejamkan hati atas kekurangan yang dia miliki, 
dan kenanglah selalu kelebihannya. 


Cinta itu adalah ketulusan hati . . ;)
Dia itu milik Allah. 
Hati dia pun milik Allah.
Kalau nak curi hati dia dan menjadikan dia milik kita, 
berusaha dan berdoalah kepadaNya :)

Tuesday, 15 January 2013

~kalau saya ada buat salah.. tolong bagitahu saya.. supaya nanti saya tak ulangi kesalahan yang sama...~

tapi...

~awak diam,,terus membisu... awak diam.. langsung tak tengok saya,tak senyum dekat saya, awak buat saya macam tak wujud...
awak buat saya rasa saya jahat.. macam mne sy nak berhadapan dengan awak hari-hari lagi lepas ni.. kalau awk ngan saya buat haluan masing2??~ bagaikan MUSUH??

MAAFKAN SAYA!! itu je yang mampu sy cakap.. lepas ni saya akan jauhkan diri saya andai itu yang bleh buat awk bahagia.. :)

~ awk sahabat saya dunia akhirat ~

Friday, 11 January 2013

: : " Kerana kita hanya SAHABAT...." : :

Kerana kita hanya SAHABAT.  
Perbualan dan perbuatan kita tidak perlu menjangkau jauh dari batasan.

Kerana kita hanya SAHABAT
Setiap titik rasa hati itu perlu diperjelasan agar tiada yang makan hati.

Kerana kita hanya SAHABAT
Setiap luahan yang diberi dibalas dengan nasihat yg penuh misteri,

Kerana kita hanya SAHABAT
Setiap langkah perjalanan memberikan aku kekuatan dan keberanian.

Kerana kita hanya SAHABAT
Suara kamu amat menggembirakan hatiku....
Senyuman kamu menghilangkan segala resah di dalam sanubariku
Kelembutan setiap tutur bicaramu membuat aku hilang dalam sendu.....

Kamu....?
Kenapa kamu masih ada di sini?
Kenapa kamu masih aku rindui?
Kenapa kamu tidak pernah jauh dr sudut hati kecilku?
Kenapa kamu sentiasa ada ketika aku dipalu rasa kecewa?