Bismillahirrahmanirrahim
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
biasanya orang
akan rasa malu nak terima hadiah kan?
ni kenapa saya
terbalik pulak ni?
malu nak tolak
hadiah?
hadiah apa?
dari siapa?
tadi sebenarnya
saya nak tulis entry berkenaan 'kenapa saya bertudung labuh'. tiba-tiba
Allah hadirkan ilham bahawa tudung atau lebih tepat lagi syariat menutup
aurat itu adalah hadiah dariNYA..
saya rasa Allah
tak hadirkan ilham itu untuk saya seorang je, maka saya decide untuk
kongsikan dalam entry saya kali ini..
:)
soalan mukadimah
entry saya telah pun terjawab.
hadiah apa?
--> syariat menutup aurat.
dari siapa?
--> Allah swt.
~
kenapa pulak saya
rasa malu nak tolak hadiah ni?
kenapa?
sebab saya tahu
Allah hadiahkan syariat ini pada saya untuk menjaga diri saya sendiri.
untuk menjadi perisai diri ini. untuk memandu tingkahlaku saya
sehari-hari. untuk meningkatkan darjat saya menjadi seorang muslimah
sejati. dan kelak nanti Allah akan kurniakan dengan syurga yang semua
insan impi. andai saya benar-benar mentaati.
semuanya untuk
saya, untuk kita. bukankah ini hadiah yang sangat bermakna?
saya yakin yang
Allah tetap akan menjaga kita kat dunia ni, regardless of apa yang kita
pakai. sebab Allah bukan hanya ada dan menjaga orang-orang yang 'taat',
Allah ada untuk semua orang, in fact untuk semua makhluknya. tak kira
apa pun. dari batu sehinggalah kepada malaikat. Allah ada. itu pasti.
jadi kalau tak
menutup aurat dengan sempurna pun still akan selamat kan cik da?
insyaAllah
selamat, sebab takdelah kalau tak menutup aurat tu kita akan gagal exam
or kemalangan jalan raya. betulkan?
cuma rugilah
kita.
kita tolak hadiah
dari langit ini.
dan selamat
kita itu hanyalah di dunia ni,
akhirat sana?
wallahualam.
Allah bagi kita
peluang untuk usaha jaga diri, supaya Allah boleh award kita dengan
pahala. Allahu, sudahlah bagitahu cara segala, dapat pula pahala..
ditingkatkan pula darjat.. dijanjikanNYA pula syurga andai kita
benar-benar ikhlas dan taat. semuanya untuk diri kita sendiri.. Allah..
Subhanallah..
kalau saya tolak
hadiah ni, saya tidak lain, hanyalah seorang hamba yang tak mengerti
erti bersyukur. saya gagal menghargai permberian dari penguasa yang
agung. Allah. saya takut andai saya menolak, saya adalah tergolong dalam
golongan hambaNYA yang kufur. nauzubillah.
maka saya ambil
keputusan untuk menyempurnakan syariat ini dalam kehidupan saya.
saya mengaku yang
untuk berubah itu mungkin susah. terasa menyakitkan dan payah. tapi.
untuk menolak perubahan dan pembaikan diri itu juga adalah satu musibah.
Allah hanya
tunggu kita untuk membuat langkah pertama, lepas tu insyaAllah DIA akan
bantu kita, DIA akan datangkan orang-orang yang akan membimbing dan
memberikan kefahaman itu kepada kita. percayalah dengan rahmatNYA.
yakinlah yang DIA ada.
mulakanlah
langkahmu. kuatkanlah azammu. terimalah hadiah ini dengan hati yang
terbuka dan penuh kesyukuran. insyaAllah Allah akan membalas sesuai
dengan apa yang kita usahakan. :)
~
saya mengaku,
saya mula melakukan syariat ini dengan hati yang masih belum sepenuhnya
mengenal DIA, masih belum sepenuhnya faham islam yang dibawa rasulNYA,
masih kelabu pandangan tentang tujuan berada di duniaNYA, dan masih
dalam perjalanan mencari jawapan tentang segalanya.
tapi,
Alhamdulillah, dengan langkah saya itu Allah anugerahkan saya dengan
hadiah-hadiah yang menyusul tanpa henti, Allah hadirkan orang-orang yang
membantu saya untuk memahami itu dan ini, membawa saya mengenal erti
sebenar lahirnya saya di muka bumi, pencerahan demi pencerahan
dikurniakanNYA tanpa henti.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
kini,
saya terima hadiah ini dengan hati yang benar-benar mengerti, yang demi
redhaNYA saya perlu melakukannya, saya mesti patuh dan taat dengan
segala perintah dan laranganNYA. bukan hanya dalam syariat menutup
aurat, malah dari seluruh aspek kehidupan saya. saya faham kini yang
saya perlu islam di luar dan dalam diri saya. dan saya masih lagi
berusaha untuk itu.
saya sangat yakin
dan percaya, yang andai kita benar-benar faham yang Allah itu ada, yang
islam itu benar, yang janjiNYA tentang syurga dan neraka itu pasti,
kita pasti akan mentaati.
insyaAllah.
dan..
saya percaya,
setiap anda yang membaca entri ini dari mukadimah sampai kepada ayat ini
mempunyai sekeping hati yang sedang mencari jalan untuk kembali.. untuk
kembali kepada Illahi..
tanyalah hati
anda, bila lagi hendak memulakan langkah kalau bukan hari ini?
kalaupun bukan
dengan menyempurnakan syariat ini, mulakanlah langkah untuk memahami
erti aqidah islami.
insyaAllah,
aqidah yang mantap akan mendorong perlaksanaan syariat yang sempurna.
zahir dan batin.
selamat
bermujahadah. moga Allah tunjukkan jalannya.
insyaAllah.
sekian.
No comments:
Post a Comment