ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Sunday 29 April 2012

kenal Allah, maka kamu akan kenal kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Segala puji bagi Allah yang telah memberiku nafas sehingga waktu ini. Sebuah kesempatan hidup yang sangat berharga… Di mana begitu banyak tangis yang kita keluarkan hanya sia2 kadang kala..

Sahabat2ku… Izinkan aku menulis sedikit tentang kehidupan kita. Tentang suka duka dan segala rasa yang mewarnai kehidupan kita sebagai manusia di bumi Allah ini.

Malam itu aku masih terjaga. Hingga kemudian getar hp menandakan ada mesej baru diterima. Dari seseorang yang merasa putus asa dengan kehidupannya. Emoticon menangis tertera di mesejnya. Beberapa ayat penenang yang aku berikan  namun tidak sama sekali memberikan kesan kepadanya. Lagi dan lagi emoticon menangis itu dihantarnya kepadaku menunjukkan betapa sedih hatinya. Hingga kepada ayat terakhir yang ku pesankan kepadanya “andai saja kamu mahu mengenal siapa Allah, pasti hidup kamu akan terasa indah”..

Aku bukan perempuan yang lahir dengan sejuta kebahagiaan. Aku sama denganmu, sama dengan kalian semua. Memang hidup bukan hanya ada suka tapi pasti ada duka. Keduanya beriringan serentak, sejak kita lahir ke dunia hingga kita masuk ke liang lahat. Hidup ini bukan hanya ada suka. Hidup ini bukan hanya ada duka. Hidup ini pasti ada suka dan duka. Ya, hidup adalah suka dan duka…

Semalam aku buka kembali sejarah silamku, ingin melihat siapa aku dahulu dan membandingkannya dengan aku yang sekarang. Ternyata dulu pernah tertulis status dalam profileku, “ya Allah aku bosan hidup, kenapa ya?”.. ya sahabatku, dulu aku juga seperti kamu. Aku pernah merasakan apa yang kini sedang engkau rasakan. Dulu aku merasa hidupku begitu membosankan. Hanya begitu setiap hari. Aku merasakan hidupku hanya ada hitam dan putih. Tidak ada warna lain. Begitu bosan. Namun semua berubah… semua berubah dan menjadi indah.

Ya, semua berubah dan menjadi indah sejak cahayanya masuk ke dalam hatiku. Saat itu yang hitam dan putih pun lebur menjadi jutaan warna yang sangat berwarna warni. Aku tahu apa yang kini engkau rasakan dan apa yang dulu pernah aku rasakan… itulah hati yang kering dari iman, itulah hati yang jauh dari Tuhan.

Kenalilah Allah… maka engkau akan mengenal apa itu kehidupan.

KENALI ALLAH, KENALI ALLAH, KENALI ALLAH…

Hanya itu solusi yang dapat aku kuberikan sahabatku.
Kerana cukuplah Allah sebagai sandaranmu maka yakinlah bahawa engkau tak akan terjatuh.
Kerana cukuplah Allah tempatmu mengeluh maka yakinlah bahawa Dia mampu mengangkat masalahmu.
Kerana cukuplah Allah sebagai penolongmu maka tak perlu ada lagi yang engkau risaukan.

Allah itu pengasih, penyayang, dan tak pernah mahu menzalimi hambaNya…
Allah itu suka mendengar apa yang engkau minta, mengadu, memohonkan segala sesuatu…
Maka dari itu Allah suka mendengar hambaNya berdoa…
Janganlah risau sahabatku, Allah pasti mendengar setiap apa yang engkau utarakan…
Kerana Dialah sebaik-baik pendengar sahabatku.
Percayalah, Dia tidak akan menzalimi dan menyakiti hambaNya.
Percayalah..

Maaf, jika aku berkata seakan aku sudah mengenal baik siapa Allah…
Jujur, aku pun baru mengenalNya, baru merasakan betapa indahnya perkenalan ini..
Sampai sekarang pun aku masih ingin memperdalamkan perkenalan ini…
Kerana semakin mengenalNya maka semakin ada cinta sahabatku..
Bukan berarti aku sudah mencintaiNya…
Sampai sekarang pun aku masih meminta untuk diajari cinta olehNya
Bagaimana cara yang benar untuk mencintaiNya

Indah sahabatku..
Indah sekali mengenalNya, aku tak mampu menggambarkan dengan kata-kata…
Cukuplah kau cuba dan nikmati sendiri bagaimana rasanya.
Terkadang kita ini terlalu egois…
Menuntut ini dan menuntut itu pada Allah, sedang kita sendiri tidak suka dituntut oleh aturan-aturan yang Allah buat.

Lihat betapa banyak orang menanyakan kenapa harus menutup aurat? Kenapa harus pakai tudung? Mengganggu hak asasi saja!!

Lihat betapa banyak orang yang memberontak dan tidak suka dengan aturan Allah yang melarang hambanya untuk bercouple… kenapa tak boleh couple? Ini kan soal perasaan!! Kenapa kenapa kenapa??

Tapi Allah?? Adakah Allah pernah bertanya kenapa kamu sering2 meminta bahagia? Kenapa kamu meminta hidup kaya? Kenapa?? Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu bahagia atau menderita. Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu miskin atau kaya. Allah tidak demikian. Allah itu dengan segenap kasih sayangNya menurunkan ayat ini:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku sangat dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2: 186)

Lihat bagaimana cara Allah menuturkannya…

Allah terlebih dahulu mengutarakan apa yang akan Dia BERI kemudian baru Allah mengutarakan apa yang Dia MINTA dan di jelaskan kembali bahawa apa yang Dia minta tak lain juga adalah untuk kebaikanmu..

Subhanallah.. tidakkah berdidik hatimu mendengar ayat seperti ini?

Itu janji Allah sahabatku, janji yang tak kan pernah Tuhanmu ingkari :)

Kita ini terlalu kikir…

Setiap apa yang kau punya… setiap apa yang engkau miliki, datangnya dari Allah sebenarnya. Itulah pemberian Allah. Fikirkan berapa banyak pemberianNya sejak kita lahir ke dunia. 

Sahabatku, ketika engkau merasa bahagia memiliki ibu yang begitu menyayangimu, ingatlah itu dari Allah sebenarnya. Dari Allah yang begitu memperhatikan kebahagiaanmu, hingga Dia mengirimkan malaikat bernama “ibu” untuk mendampingi liku-liku hidupmu di dunia. Pernahkah kau mensyukurinya? Sedarkah engkau bahawa itu salah satu bentuk kasih sayangNya??

Namun, sering2 kita memandang pemberianNya dengan sebelah mata. Begitu sering kita lupa membaca Alhamdulillah. Bahkan kita selalu lupa semua itu adalah pemberian Allah. Astaghfirullah.

Mari kita sama2 fikirkan, ketika Allah sentiasa mencurahkan nikmatNya… kita lupa bersyukur. Namun, ketika Allah hanya mencabut satu nikmat yang kita sedang rasakan, kita meraung-raung, menyalahkanNya. Kenapa ya Allah kenapa? Apa salahku ya Allah?

Sebenarnya masih banyak yang ingin ku utarakan…
Tapi meski tulisan sejumlah air dilautan gunakan, takkan dapat ku tuliskan semuanya.
Ya, akan begitu panjang jika kutulis kesalahan kita padaNya.
Iringi hidup kita dengan istighfar dan hamdalah
Kerana setiap detik kita menikmati pemberiannya namun seringkali kita bermaksiat padanya.

“Alhamdulillah astaghfirullah”

Saturday 21 April 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ  
Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

>>> Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan (✿◠‿◠)
saya bukan jenis orang yang senang mengalah..saya bukan jenis yang mudah patah hati..
saya bukan jenis yang suka merintih pada kesenangan orang lain..saya bukan jenis yang mudah untuk mengalirkan air mata..saya bukan jenis yang hanya mementingkan diri sendiri..
saya bukan jenis yang berdendam..saya bukan jenis yang xpeduli pada sahabat..saya bukan jenis yang suka mengelak dari masalah yang timbul..saya bukan pada hakikatnya.....
TAPI, Allah yang lebih mengetahui siapa ana sebenarnya..
tatkala diri ini buntu..tatkala diri ini merintihkan seseorang untuk menjadi tulang belakang ana kembali tegak ketika ingin berdiri...maka, itulah diri ana sebenarnya...mudah mengalah,mudah menangis,mudah patah hati, mudah merintih,
YA ALLAH kuatkan hambamu ini...ana yakin Dia sentiasa bersama ana tatkala susah mahupun senang...

Friday 13 April 2012

saling tegur menegur

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
MENEGUR DAN DITEGUR 

PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati
~Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insyaAllah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.

KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati
~Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!

Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

✔Anggaplah teguran sebagai HADIAH RABBANIYAH
✔Anggaplah teguran sebagai UNGKAPAN SAYANG
✔Anggaplah teguran sebagai GURU DI MEDAN
✔Anggaplah teguran sebagai CERMIN MEMPERINDAHKAN DIRI

Ayuh kita muhasabah diri insyaAllah :)

Sunday 8 April 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ


Jangan bazirkan mutiara jernih kamu untuk menangisi cinta pada seseorang belom tentu kamu dpt faedah drpdnya. Tetapi kalau kamu menangis kerana mengenangkan dosa kamu dan cintakankan Allah... Subhanallah....Sudah pasti akan mendapat faedah yg amat besar kelak.....

Wednesday 4 April 2012

Lihat dan berbuat baiklah..!!!

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 
Assalamualaikum wbt...lama rsnyer ana dh update blog ana...dh msuk pertengahan thun 2012 dh, alhamdulillah Allah msh mmbr ksmpatn buat diri ini untuk terus menulis dan berkongsi dgn shbt2 fillah semua...kali ini ana ingn berkongsi di entry ini....nk tahu, jom baca smpi habis...smg bermanfaat :)


Ketika kita bangun di waktu subuh dan kemudian membasah wajah dengan air wudu' yang segar...pasti terasa damai sekali..

Seusai solat subuh, mari kita renung seketika asal kejadian kita...lihatlah di cermin teliti diri dan renunglah diri kita..

Lihatlah Kepala Kita!
Apakah kita sudah tunduk, rukuk dan sujudkan dengan segenap kepasrahan seorang hamba fana yg tiada daya di hadapan Allah Yang Maha Perkasa, atau ia tetap tengadah dengan segenap keangkuhan, kebongkakkan dan kesombongan seorang manusia di dalam fikirannya??


Lihatlah Mata Kita!
Apakah kita sudah gunakan untuk menatap, merenung keindahan dan keagungan ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Kuasa, atau kita gunakan untuk melihat segala pemandangan dan kemaksiatan yang dilarang??



Lihatlah Telinga Kita!
Apakah kita sudah gunakan untuk mendengar suara azan, bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, seruan kebaikan atau kita gunakan untuk mendengar suara-suara yg sia-sia, yg melalaikan, yg lagho dan tidak bermakna??



Lihatlah Hidung Kita!
Apakah kita sudah menggunakan untuk mencium sejadah yg terhampar di tempat solat, mencium isteri, suami dan anak-anak tercinta atau mencium kepala anak-anak yatim yg kehilangan org tuanya??



Lihatlah Mulut Kita!
Apakah kita sudah menggunakan untuk mengatakan kebenaran dan kebaikan, nasihat-nasihat yg bermanfaat serta kata-kata yg bermakna atau kita gunakan untuk mengatakan kata-kata/ucapan yg berbisa atau sia-sia (mengumpat, menfitnah, mengadu domba, berdusta bahkan menyakiti hati sesama umat)??


Lihatlah Tangan Kita!
Apakah kita sudah menggunakan untuk bersedekah, membantu sesama umat yg ditimpa musibah, mencipta karya2 yg bermanfaat atau digunakan untuk melakukan perkara2 yang di tegah (mencuri, rasuah, menzalimi org lain, merampas hak-hak org lain, merampas harta org yg tidak berdaya dll)??



Lihatlah Kaki Kita!
Apakah kita sudah menggunakannya untuk melangkah ke tempat ibadah, ke tempat menuntut ilmu, ke tempat2 pengajian yg mendekatkan diri kpd Allah atau kita gunakan untuk melangkah ke tempat2 maksiat??




Lihatlah Dada Kita!
Apakah di dalamnya tersimpan perasaan yang lapang, sabar. tawakal dan keikhlasan serta perasaan selalu bersyukur kpd Allah Yang Maha Bijaksana atau di dalamnya tertanam ladang jwa yang tumbuh subur daun-daun takabbur, biji-biji bakhil, benih iri hati dan dengki serta pepohonan berbuah riya'??

Lihatlah Diri Kita!
Apakah kita sudah tadabbur, tafakur dan selalu bersyukur pada kuniaan yg kita terima dari Allah SWT??
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 
Seandainya anda berduka,
ambillah wudu',
tunaikanlah solat sunat dua rakaat, 
mohon kepadaNYA dipermudahkan segalanya.