ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday 31 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 


APABILA.......(,'')__('',)
apabila pandangan ini terlihat..
apabila pandangan ini ternampak..
apabila pandangan ini d'takdir menyaksikan..
apabila diri ana sendiri yang menyaksikan perkara tersebut..
apabila pandangan ini menolak pandangan tersebut..
kerana hati ini tidak ingin berburuk sangka, sebaliknye berbaik sangka..
apakan daya ana untuk menidakkan nye..
itu juga adalah realiti yang patut ana terima..
ALLAH kan Maha Besar lagi Maha Mengetahui..


dia sangat manis..
dia sangat cantik..
dia sangat lembut..
dia sangat berbudi bahasa..
dia sangat sopan santun..
dia sangat rajin..
TAPI, kenapa dia memilih jalan itu untuk mempamerkan..
kemanisannya..
kecantikannya..
kelembutannya..
kesopanan santunnye..
kerajinannya..


dari dia akan ana belajar bagaimana untuk tidak mengulangi kesilapan,
dari dia juga akan ana belajar bagaimana untuk menjadi lebih kuat,
dari dia juga akan ana belajar bagaimana untuk menjaga iman,
dari dia juga akan ana belajar bagaimana untuk istiqamah dalam kehidupan seharian ini,
dari dia juga akan ana belajar bagaimana untuk mencintaimu lebih dari segala-galanye 
YA ALLAH..
ana pon xla sempurna, manekan ada manusia yg sempurna dalam dunia ini..
insya'allah..
ana akan belajar dan terus belajar..
sama ada dari kesilapan diri sendiri mahupun orang lain....

Wednesday 28 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ



pada jam 2.18 a.m,,
hati menjadi tenang dan sayu lalu kaca2 airmataku tibe2 mengalir tanpa di minta..
sayu lagi menimpa diri ini, hanya Allahs.w.t sahaja yang mengetahui..
tatkala sahabatku menyatakan tujuan dan hasrat ye..


''aida, kite xpandai sangat mengaji..boleh x aida ajar kite''
Allah sahaja yg mengetahui perasaan yg melanda diri ini..
alhamdulillah..
mungkin ini takdir ku untuk menjadikan diriku lebih tabah dan kuat dalam membimbingnya..
YA ALLAH, 
permudahkan jalan dan urusanku serta ahli keluarga dan sahabat2 ku dunia akhirat..


mungkin ini langkah yg akan terus kekal dalam redhaNya..
ana yakin kekuasaan olehNya..
percayalah sahabat-sahabatku, andai dirimu d'beri kesempatan dan peluang..
maka rebutlah ianya tanpa ragu-ragu dengan sekuat genggaman jarimu..
nescaya, Allah akan mengajari kamu dalam setiap langkah dan detik..


Ya Allah, Kau mengajariku erti sebuah kehidupan..
Ya Allah, Kau mengajariku makna seorang insan yang bergelar 'sahabat''..
Ya Allah, Kau juga mengajariku cara-cara untuk menerima takdir dalam hidup ini..
Ya Allah, tanpa Engkau maka luluh lah hati dan gundah lah jiwa yang lemah ini..

Tuesday 27 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ


"Hati pilu tidak tertahan kala diri dan insan tersayang ditimpa musibah.
Hati juga tertanya-tanya apa dosa diri sehingga diuji sehebat ini? 
Wahai insan..usah ditanya apa dosa diri kerana Allah lebih mengetahui apa yg ditakdirkan buat kita.
Yakinlah bahawa Allah menguji insan-insan yg disayangi-Nya dan sebagai mukmin,
kita harus redha dan sabar menerimanya.Berdoalah kepada-Nya agar diri diberi kekuatan memimpin hati ini...."


(♥‿♥) Setiap perkara ada sebabnya..
(♥‿♥) Setiap persoalan ada jawabannya..
(♥‿♥) Setiap perlakuan ada ganjarannya..
(♥‿♥) Setiap kesulitan ada kemudahannya..
(♥‿♥) Setiap kesenangan ada rahmatnya..
(♥‿♥) Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
(♥‿♥) Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapanNya..
(♥‿♥) Sabarlah dalam bersabar.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (Seseorang) melainkan dengan izin Allah.Dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima setiap perkara yang berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah),Allah Maha Mengetahui"
(Surah At-Taghabun:11)
insya'allah ya shyidaku...

Monday 26 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 


~ ♥ ..::Air Mata::.. ♥ ~

Memiliki lebih dari seribu rasa..
Entahkan ada, entahkan tiada..
Sukar untuk diluah dek kata-kata..

Air mata..
Luahan sebuah jiwa..
Entahkan gembira, entahkan derita..
Hanya Dia Yang Maha Tahu segala rahsia..

Air mata..
Muncul saat iman diduga hebat tak terkata..
Wujud tatkala kita mula rasa lemah tidak berdaya..
Hadir dikala batin diasak dengan duka nestapa..
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam : 58)

Air mata..
Hadir di saat diri bahagia tak terkira..
Wujud dikala gembira ditambah riang tak terkata..
Muncul tatkala rasa suka melonjak di jiwa..
Air mata..
Wujud dikala kita semakin sedar akan kesilapan kita..
Hadir saat Tuhan rindu rintihan hamba-Nya..
Muncul tatkala jiwa mula menyesal akan dosa dan noda..

Air mata..
Satu kebahagiaan..
Satu kesedihan..
Satu penyesalan..
Satu khasiat dari Tuhan..
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Israa’ : 109)

Air mata..
Mendamba satu kekuatan dari-Nya..
Meminta satu ketabahan dari-Nya..
Memohon satu keutuhan dari-Nya..
Mengadu sesalan pada Yang Maha Esa..

Air mata..
Bahagia di dalam duka..
Ceria di dalam sendu jiwa..
Tidak mampu berkata-kata..
Hanya Dia Maha Tahu apa maknanya..
dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
(Surah An Najm : 43)

Mari alirkan air mata kerana-Nya..
Mari menangis bersama memohon keampunan-Nya..
Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan 

dhari apa yang selalu mereka kerjakan.”(Surah At-Taubah : 82) 
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 


syukur padaNya..
sudah lame rase'ye ana tidak kedengaran suare abah untuk 
menasihati diri nie seperti suatu mlm hari tuh..
walaupun pedih yg ana terima..
namun byk input yang ana trima dari teguran tersebut..
ape kan daya ana untuk mghalang dan menghentikan ye..
nescaya, derhaka lah ana pd abah ana..

dialah seorang 'abah' yg ana ada di muka bumi ini..
pahit dan kasar mane pon tguran itu..
sebenar ye, dia mahukan yg t'baik untuk ana dan anak2 ye yg lain..
maaf ye 'abah' kerana tlh mmbuat kamu t'singgung dalam diam mahupun terang..
bukan sengaja diri nie utk berbuat demikian..
tapi, hhurrmmmmmmmmmm~~~~

 diri ini tidak mampu untuk berkata apa-apa..
hanya mampu, ucapkan syukran ya abahku yg trsayang..
dan juga pada emak serta semua abg, akak n adik2..


Mencari makna hidup itu dengan pengalaman.
Sebab itu jangan dicaci kesilapan dan kesalahan,
kerana semua itu adalah pengajaran. 






Sunday 25 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 


''Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku.....
aku akan terus berbaik sangka kepda Allah.....


DIA akan mengubat, melapang dan memberi ketenangan disebalik ujian ini....
ya..aku tidak tahu kerana ilmuku terbatas...
tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmuNya Maha luas....
yang pahit ini akan menjadi ubat...
yang pedih ini akan menjadi penawar...


Ya Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dariMu..''



Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ  


seorang hamba Allah bertanye kepda ana..
''awak, awak penah ad masalah x..?''
''tgk awak nie, suke mghiburkan kawan2..sy owez tgk awak happyyyy je..xpenah sedih2''
''tapi, saya lain..ad je, ''


''saya hanya mampu untuk memberikan senyuman pd die..''
TAPI,,,dalam  hati sya awak dpt bace x..?
saya jawab dalam hati, 
''sape kata saya xpenah menangis..''
''sape kata sy xde masalah..''
''sape kata saya nie, kuat..''
Tidak..
saya pun ada kalanya MENANGIS, 
ada kalanya LEMAH..
ada masa saya BERSEDIH juga, 
ada masa saya ingin insan PELUK dan TENANGKAN saya..
ada ketika saya mahu ada insan berikan KATA-KATA SEMANGAT kepada saya..

Tidak..saya bukan selamanya KUAT, bukan setiap masa saya kuat..saya MANUSIA BIASA, ada jiwa..ada cacat celanya..

p/s : Semoga Allah terus sudi MENJAGA saya..♥♥


Saturday 24 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 


APABILA HIDAYAH MELALUI PERSIMPANGAN DIRI  MAKA TERMETRI LAH TITISAN AIR MATA DI PIPI INI..


ad cerita d'sebalik kehidupan setiap anak adam itu..
ad seorang hamba Allah b'tnye pada ana..
 '' bagaimana kamu bley berubah..?, kamu sudah  mndapat hidayah ye.?
 ''Allah terima ke amalan kite if kite dh wat byk sgt2 dose?''
 ''Allah terima ke taubat kita if kite dh wat byk maksiat?''
 ''Allah terima ke kite sebagai hambaNya yg lalai dan alpha macam saya nie?''
 ''saya malu lar nk mnx dgn Dia, ase mmg xlayak je...''


tiba2 air mata ini mengalir tnpa rase malu..
hamba Allah itu brtnye kembali..
terasa dalam hati ini tidak layak untk menjawabnye..
 ''kenapa awk menangis nie, saya ad salah ckp ke..?''
 ''maafkan sy kalau saya yg buat awak nangis..''
 ''saya xb'maksud bagi awk nangis..maafkan saya, plzz...''


saya menjawab,
 ''awak xsalah apa2 sahabatku syg..''
 ''malah, awak yg menyedarkan saya..''
 ''dan awak juga telah mengembalikan kekuatan kepada saya, tatkala sya mmg memerlukan seseorg untuk mengubah saya..''


dan saya memberi tahu kepada die kembali..
''siapa yg memberikan kita tubuh badan, roh dan nyawa percuma..?''
''siapa yg memberikan kpd kita dunia ini dgn percuma..?''
''siapa yg mmberikan dunia n segala isinya, oksigen, tanah tanih, rumput, pokok-pokok, bintang, plenet, ibu ayah, teman, anak, isteri, suami, kegembiraan, keceriaan, kedukaan, kesenangan dan plbgai lagi nikmatNya yg tidak terkira dgn percuma..?''


tiba-tiba,, 
melihat matanya yang berair seakan-akan ada sesuatu yg t'buku di dalam hatinya selama ini telah menyedarinya, hanya Allah sahaja yang dapat mengetahuinya..
dan saya berkata lagi..


“ Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” An-Nahl ayat 18. 


Kemudian DIA mempertanggungjawabkan kepada kita dengan semua perkara percuma ini, agar kita menggunakannya sebaik-baik penggunaan.
DIA berfirman, DIA hendak ‘membeli’ segala apa yang DIA berikan kepada kita ini dan memberikan kita Syurga.
“ Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang beriman diri mereka dan harta-harta mereka dan untuk mereka adalah syurga…” Surah At-Taubah ayat 111.
Itulah yang akan kita dapat.
Hidup manusia juga ada jatuh bangun, DIA bersabar dengan jatuh bangun kita. Malah menjanjikan cintaNya untuk sesiapa yang jatuh kemudian bangun semula.
“ (semua akan celaka)Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan tidak akan dizalimi(dirugikan) sedikit pun. Yaitu syurga ‘adn yang telah dijanjikan oleh TUHAN Yanng Maha  Pengasih kepada hamba-hambaNya, sekalipun(syurga itu) tidak nampak(sekarang). Sesungguhnya,(janji ALLAH) itu pasti ditepati” Surah Maryam ayat 60-61.
Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 




Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.


Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.


Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.


Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
bila Allah bagi sedih, DIA nak ingatkan kita, ada yang kurang dalam hubungan kita dengan DIA. Mungkin dengan kesedihan yang DIA hadiahkan, mampu memberikan kita kesedaran atas kesilapan yang tidak kita sedari? ^_^ 

Kenapa saya cakap begini?


Kerana wujud antara kita ini, yang suka bersedih terlalu lama, hingga hilang kekuatan jiwanya. Tidak terkecuali juga saya.

Friday 23 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ


 subhanallah, berat ye hati hamba ini..
 bagaimana inginku luahkan..
 kadang-kadang kita perlu mnjaga hati sahabat2 ku..
 kadang-kadang hati ini pula yg t'seksa dek hentaman perasaan ini ya Allah..
..........................
..........................


PERNAHKAH ...??

PERNAHKAH... Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
... ♥ Itu Adalah Allah... Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu...♥ 

PERNAHKAH... Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
♥ Itulah saatnya di mana Allah .. Sedang rindu padamu dan ingin agar kamu berbicara padaNYA...♥ 

PERNAHKAH... Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima panggilan telefon atau message darinya?
♥ Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan...♥

PERNAHKAH... Kamu mengharapkan sesuatu yang tidak terduga... yang selama ini kamu inginkan... tapi rasanya sulit untuk didapatkan?
 ♥ Itu adalah Allah... Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu... Dan hasil dari kebaikan yang kamu taburkan sebelumnya ♥

 PERNAHKAH... Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu payah... begitu tidak menyenangkan... hambar... kosong... bahkan menakutkan...?
♥ Itu adalah saat di mana Allah mengijinkan kamu diuji, supaya kamu menyedari KeberadaanNYA. Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu. Karena Dia tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan...♥ 

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam keadaan, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu. 
Apakah kau fikir tulisan ini hanya kebetulan terkirim padamu...?
TIDAK! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan...
Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu...
Rasakan kehadiran-Nya...
Dengarkan suar♥ 

Dengarkan suara-Nya yang berkata:
♥"Jangan Khawatir ,AKU ada disini bersamamu..!"♥a