ikhlaskan diri kita..insya'allah

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday 28 January 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
♥ ♥ Sikap tawakkal menghilangkan rasa putus asa, sebab kita menyedari bahawa suatu usaha yang belum berhasil adalah kerana Allah S.W.T memang belum menghendakinya... ♥
dan percayalah setiap ujian yang menimpa pada seseorang itu pasti ada hikmah d'sebaliknya... kerana Allah swt xkan menguji kita jika kita tidak mampu melaluinya...                            
malah setiap ujian atau masalah itu pasti telah d'aturkan juga penyelesaian di akhirnya...
kita sebagai hambaNya perlu melalui setiap detik waktu dalam perjalanan hidup yang singkat ini...
Allah swt maha mengetahi mana yang terbaik untuk hamba2Nya...jadi, redha dan ikhlaskanlah di atas setiap yang berlaku...                                                                                                
''cukuplah Allah untukku.Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku''
semua yang berlaku adalah takdir dariNya yang telah di tulis dalam buku catatan kita.................... laluilah dengan penuh tabah dan kesabaran..
insya'allah pecinta-pecintaku n xpecially utk najwa saz, hope kamu faham(,'')__('',)

Wednesday 25 January 2012

for family ALONG, congratez ya..yg ke-3 nie,,,hehe(^_^) izzul daniel, comel sgt2........
haiqal n iLa mak anjang dh dpt adik baru...
msti syg2 sgt taw kat adik 2...
dh ad 2 org adik n jd along...
iLa dh jd angah...
haiqal jgn nakal2 dh ye...
nnti mak anjang xnk bagi hadiah dh...he2, ugut nie!!
msti jadi along yg benar2 bertanggungjawab ye...
sayang sume 'my heart' anjang taw...

 SEMANGATNYE!!! izzat haiqal nie...........makan ayam goreng 2 agak2 gak ye syg,,


nie anak sulung angah..
ala-ala rayyan anjang nie, pandang atuk cam xpuas ati je~~~
hahhaha=) pandang sayang ye....
suke ye die ye..mane x ye, dapat jalan sampai ke kedah ye....hehehe (,'')__('',)
yeeeeeee..........dia dh dapat jalan dgn sendiri akhir ye, YES!!!


Wednesday 18 January 2012



Bismillahirrahmanirrahim...
ini buat kamu semua..


ukhtiku sayang..
bila sampai satu masa di mana aku tak mengutusimu..
itu bukan bererti aku meyisihkanmu..
tak juga bermakna aku sedang melupakanmu...
bukanlah aku yang akan melupakan sahabat-sahabatku..
tapi itulah masa pencarian diri untuk kau dan aku.,
mungkin ada sesuatu yang xdapat kau temui dengan adanya aku..

aku tak ingin kau dipengaruhi aku andai aku membawa keburukan.
aku xmahu disalahkan di suatu hari nanti di depan Tuhan..

kamu tetap sahabatku sampai bebila..
mungkin acuan kita berbeza..
tapi tetap dari adunan yang sama..
dan rasanya pastilah akan sentiasa tiada beza...
lainla kalo tak ditambah coklat atas adunanmu jua~

aku xpernah menganggap kamu dan diriku berbeza..
tak kau tau duri hidup yang melanda..
dan aku juga pernah melalui saat-saat sepertimu yang sedia..
namun xperlu kuceritakan kesemuanya..
tak ingin kubuka pekung tertutup di dada..
kerana Allah telah begitu baik menutupinya..Alhamdulillah.



sahabatku yang kurindu...
zaman remajaku bukan seindah mana..
mungkin luaran ku bagaikan jauh meninggalkanmu..
namun ketahuilah aku tetap mengatakan kamulah yang lebih baik berbanding aku..

temanku,
kusentiasa mahukan yang terbaik untukmu...
ingatkah dirimu tatkala aku tinggalkan sesuatu untukmu?
di situ aku mahu menarikmu dari cinta lelaki yg diluahkan..
ingin kunyatakan mana yang perlu aku tegakkan..
bukan sekadar memandang pada lenanya sahabat tersayang..

namun disitu..
mungkin aku xtak mengerti..
katamu kita berhak untuk jadi diri sendiri...
terkesima aku pada ayat penyata itu..
yang kutahu sepatutnya kamu tau letak dirimu...

sahabatku permata keluarga..
padamu ada sejuta kemuliaan..
di hatimu ada banyak kebaikan..
jangan pernah nodai semua itu dengan kepalsuan dunia..
kerana bukanlah kita hidup kecuali untuk tunduk padaNYa...

ku mahu kau sedar..
bahawa cintamu tak perlu kau sandar pada dia..
dan hatimu tak berhak dikotori dengan mengingati si dia..
bukan dengan lelaki yang tak halal denganmu..
bukan untuk dia yang berani melalaikanmu..

jika kau tuduh diriku cemburu.
ya benar!!
aku cemburukan dia yang kau gelar kekasihmu..
aku dengkikan dia yang sentiasa kau ingat dalam hatimu..
layakkah dia menggantikan letaknya Allah disanubarimu??

pencetus ceriaku..
bukan xpernah aku rasakan apa yang kau rasa...
bukan xpernah kuterjatuh dalam jaga..
bukan tak ingin melihat kau bahagia..
bahkan kerana itu aku mahu kau lebih berjaga-jaga,
supaya kita tak berkongsi penyesalan yang sama,

ketahuilah sayangku..
bahawa aku ingin engkau sentiasa terjaga..
aku ingin dirimu mekar di taman bahagia..
aku mahu kau senang di hari-hari muka..
aku nakkan kamu tersimpan sebagai wanita mulia..

sedarlah kasihku..
cintamu padanya xkan mampu membawa kalian ke syurga.
luahan rindumu itu xkan pernah mendapat syafaat baginda keluar dari neraka..
bukan selagi cintamu tidak hanya padaNya..
tidak selagi rindu itu bukan pada Muhammad Nabi tercinta!

 ayuh sahabatku kita mujahadah bersama,
akan kugenggam tanganmu biar setia sentiasa,
bawalah aku juga ke taman syurga,
kerana aku pasti Allah juga meredhai ukhuwah kita!

buatmu sahabatku..aku sentiasa ada di sini untukmu..(^_^)

sabda Rasulullah s.a.w,
«Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»

kau=aku
aku=kamu

Monday 16 January 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
hampir ke penghujungnya....
tirai juga hampir menutupi ruangannya...
sem yang sungguh pendek bagi ana...
pelbagai ana pelajari disini...
tetapi penuh dengan rencak,
liku-liku, 
kesabaran, 
kesungguhan,
keputus asaan,
kemanisan,
kepahitan dan
kematangan untuk diri ana... 
menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa...
dengan izinNya dapat juga ana melaksanakan tanggungjawab ini sebagai hambaNya...
insya'allah...


       ...43 jam lagi ana d'sini...
...16 jam diriku masih d'sini lagi....
....7 jam menanti saat terakhir....
.....hampir ke penghujungnya....



Saturday 14 January 2012

Soal jodoh... Allah yg tentukan... tugas kita berusaha, berdoa dan bertawakal... :)

~SAYANG MAK & ABAH SANGAT SANGAT~

Allah Mengajariku Mengatur Hidup yang Baik..

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Allah swt sudah seperti orang tuaku, kekasihku, sahabatku, bahkan Big Boss,,,
Dialah yang memerhatikan,
Dialah yang mengarahkan,
Dialah yang mengawasi,
Dialah yang mengatur,
Dialah yang menentukan
keseharianku, dengan berpasrah kepda-Nya,
aku ikhlas atas apa yang telah diajarkan-Nya kepadaku,
Dia mengajariku beribadah sejak bangun pagi sampai tidur malamku terlena.

segala puji bagi Allah atas semua nikmat yang telah diberikan kepadaku..
sungguh, ak tidak mahu jauh dariNya..
Inilah kehendak Allah agar semua hamba-Nya menjadi Khalifah di bumi yang 'Hakiki'.

Allah swt berfirman:
 ''sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di bumi, maka berilah keputusan antara manusia dengan benar,dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, nescaya ia akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah bagi mereka azab yang pedih kerana mereka melupakan hari perhitungan, dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang di antaranya itu sia-sia. Itulah persangkaan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir di neraka. Ataukah (mereka sangka) Kami jadikan orang-orang beriman dan beramal soleh itu seperti orang-orang yang berbuat kerosakan di bumi, ataukah (mereka sangka) Kami jadikan orang-orang taqwa itu seperti orang berbuat derhaka?. Inilah Kitab (Al-Qu'ran) yang Kami turunkan kepadamu yang penuh berkah supaya mereka memikirkan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran mendapat pelajaran.''

Wednesday 11 January 2012


                                               
                                              "Ya Allah,jagalah sahabatku,
                                                     kuatkanlah imannya,
                                                kuatkan kakinya di jalanMu,
                                            kuatkan jasadnya dgn rahmatMu,
                                                 kuatkan rohnya dgn rohMu,
                          dan buatkan dia tersenyum hingga di syurgaMu kelak!"
                                                    ameen-jzkk sahabat!



Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ


belajarlah apa yang sudah diberikan oleh-Nya..
fahamilah apa yang sudah kau fahami..
apa yang diberikan kepadamu belum tentu sama dengan apa yang telah Dia berikan kepada mahkluk lain..
walaupun dalam satu periuk atau wadah tidaklah sama pemberian-Nya..
dan beragam-ragam pula maksud-Nya walaupun dengan tujuan yang sama..


wahai jiwa-jiwa yang tersadarkan, 
sedarkah bila jiwamu tidak sama dengan jiwa yang lain, 
walaupun kita dari Dzat yang sama..
semua adalah dalam aturan-Nya..
fahami dan renungkan,,



Sunday 8 January 2012

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
assalamualaikum, 
Iman tanpa amal ibarat pokok tidak berbunga
amal tanpa zuhud ibarat pohon berbunga tapi tanpa buahnya
kehidupan tanpa amal, doa dan tawakal ibarat pohon yang mati akarnya

Friday 6 January 2012



kadang-kadang, ana rasa tidak berbaloi selama apa yg ana usahakan utk perkara ptg tadi....
kenapa ana begitu,??

kadang-kadang, air mata ini mudah sangat mengalir dengan sendirinya....
tanpa rasa segan silu, air mata tiba-tiba terus mengalir....
Ya Allah, apa inikah dugaan yg Engkau beri....
insya'allah ana dapat menempuhinya, tapi, ana xdapat menahan kedukaan ini sorang-sorang rasanya....
berkongsi masalah amat perlu bagi ana, TAPI! bukan semua orang itu boleh berkongsi masalah bersama dengan penuh ikhlas dan rela, w/p sebenarnya hati terlalu berat untuk menanggungnya sendiri....

Thursday 5 January 2012


“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

Monday 2 January 2012

            TO LOVE FOR THE SAKE OF ALLAH S.W.T.

As for anyone who desires this fleeting existence, We hasten in it whatever We will to whoever We want. Then We will  
consign him to Hell, where he will roast, reviled and driven out. (Surat al-Isra', 18)

FRIENDSHIPS BASED ON SELF-INTEREST


FRIENDSHIPS BASED ON SELF-INTEREST

Do not sell Allah's contract for a paltry price. What is with Allah is better for you, if you only knew. (Surat an-Nahl, 95)
Some relationships, whether consciously or subconsciously, are based on self-interest. Some people, who feel an excitement when they meet a person whom they hope to benefit from, interpret this excitement as "love." However, in truth it is no more than an "affected desire" for what that person has. In fact, such love often depends on the level of the "loved" person's wealth and status. Wealth excites people, and thus the most excitement is felt towards the wealthiest person. As mentioned above, this type of excitement is nothing but an attachment to worldly interests. Rich people are not "loved" primarily for their morals and characteristics, and thus always seem to have many "friends" even if they are easily angered, rude, selfish, illogical, merciless, always looking for gain, insincere, or even thoughtless.
Some people want to be with those who entertain them: "A person who likes me should be able to make me laugh." As a result, any resulting closeness is based on a deluded self-interest, for enjoying to be with a person who makes you laugh and feel happy is not the same as loving that person. However, because many people mistake the relief they feel for having gained something for love, they claim that they love that person very much.
You consider them united, but their hearts are scattered wide. That is because they are people who do not use their intellect. (Surat al-Hashr, 14)
Other people assume that being around good people will raise their esteem. As a result, they will select "good" people to befriend, considering their physical features such as height, the color of their eyes and hair. Often, such people can see only the other person's physical beauty, not their intelligence, conscience, or characteristics. They do not consider these aspects important because they claim that their love has "blinded" them. However, this "love" means "I love the esteem this person's beauty earns me." Apart from that person's beauty, his or her spirit does not mean anything to them. Just because he or she is beautiful, many inappropriate and undesirable particularities such as being merciless, insensitive, or scornful may totally be ignored.
Another important type of self-interest is trying to secure one's future by getting married. Many people fear living alone, being unable to support themselves, or of having no one to look after them when they are sick. Some people seek to abolish all such fears by getting married. For this reason, they attach themselves to the most promising person in this regard and convince themselves that they have fallen in "love."
For the rest of their lives, they share their pains and complaints about their spouse with their neighbors and relatives. But when asked why they stay with that person, they claim to love them very much. However, the Qur'an and its value system say that love should expect nothing in return. People should love other people sincerely, which involves personal sacrifice and expecting nothing in return, for that person is a manifestation of Allah. They should never backbite, but, as a result of this sincere love, should only speak well of them. They don't obligatorily "tolerate" the others for they treat one another with compassion and mercy, cover up their misgivings, try to make them feel at ease, and respond to every need as best as they can. Sincere love, friendship and closeness are best demonstrated through these actions.

syukran ya Allah...

bersama sahabat-sahabat yang tercinta kerana Allah s.w.t di surau + wat revision tok final exam + qiam....
w/p keramat 2/1/2012 nie sebenarnya aty ku sudah b'putus asa pd masa yang sama...tp, insya'allah dgn izinNya ana kembali pulih, TERIMA KASIH YA ALLAH~~~~

minta d'kuatkan lagi dan di beri kekuatan yang istiqamah...

 ana sayang semua,
Rasulullah sayang kamu semua lebih,
dan ALLAH selalu sayang kamu semua...

Sunday 1 January 2012

~~assalamualaikum kepada semua pencinta Allah s.w.t.~~


pagi tadi saya menerima 1 berita baik dan 1 berita buruk...
btol lar dalam kehidupan ini, mmg susah kte nk jangka apa yang akan berlaku,, expecially as a student, means 'mahasiswa'....

sesungguhnya hambaMu ini teramatlah lemah....
Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati & kadangkala kita ketawa hnya utk mengubati kesedihan dlm diri.. 
Adakalanya kita melangkah dgn pnuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah..
Bila menangis tidak siapa yg tahu. Semuanya demi maruah diri..
Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak.. 
Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan.. 
Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang diuji olehNYA...
Menuju Cinta Ilahi..Ku cari pelangi di dada langit..... lantas ku temui sinar mentari menyinari membuatkan diriku terkedu.... Cahaya yang menyinari bumi ibarat Islam yang menyinari hati dan kehidupan manusia...

i Learn..Learn..n Learn...insya'allah

i learn from my mistakes so that i can lead a normal life in the present and future. i don't want my past haunts my life anymore.

Wise words don't come from a wiseman, but yet from a man who suffer enough to realize it.

‎~~Cinta itu milik Tuhan..maka,jika kau rasai getaran cinta dalam hatimu kembalikan ia padaNya..dengan itu kau takkan kecewa..kalau benar cinta,jadikan ia jalan menuju Syurga..kerana itulah sebenar-benar cinta..mana mungkin kau katakan cinta andai langkah yang kau atur menuju kebinasaan..yakinlah,bila kau temui cintaNya,akan menyusul cinta hambaNya buatmu..atas cinta dan sayangNya~~
Ooo, i'm so touching because of you YA ALLAH S.W.T...
Cinta keadilan, cinta dunia, cinta manusia, cinta keteguhan iman.. cinta Allah y teragung..

berikan hambamu ini ketenangan dan petunjukMu ya Rabb..(,'')('',)



Tolong beritahu si dia aku ada pesan untuknya...

Tolong beritahu si dia, cinta agung ini adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatku lebih dari dia mengingat Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah karena di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapaknya kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya karena santunnya…
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan padanya, aku tak mau menjadi puncak kegagalannya…
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mau membuat dia terlena…

Tolong kabarkan pada si dia, aku mau dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…
Tolong kabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia karena aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia… (r.o)

hadirnya Doaku ini hanya untukMu ya Allah..



Secebis doa dari Hati ku

Kurniakanlah bagiku kekuatan, Sesungguhnya aku mendambakannya ya Allah...

ya ALLAH, Aku insan dan hambaMu yang lemah dan tidak berdaya. Kau kuatkanlah hatiku dalam menempuh ujian yang saban hari,saban detik yang tidak putus2 ini.. sedih rasa hati ini..tapi,aku mengharapkan maghfirah dariMu ya Allah... kuatkan kesabaranku pada saat ini.. berat terasa bebanan di bahu mahu menanggung masalah2 dan tanggungjawab yang makin bertambah.. tetapi, sesungguhnya aku tahu,ini adalah tarbiyah dari MU supaya aku menjadi insan yang tabah dan cekal dalam menghadapi hidup ini.. 

ya Allah, Kau tenangkanlah hatiku, hati kedua ibubapaku, hati2 kaum muslimin dan muslimat serta kau rungkaikanlah masalah2 yang menghimpit kami di saat ini dengan petunjuk dan hidayah dari Mu.. peliharalah kami, hamba2 yang ingin berjuang di jalanMu ini.. tatkala terasa perit di kerongkong, terasa sakit di dada, tetapi, inilah sebenarnya kehidupan.. 

"adakah kamu mengatakan bahawa kamu beriman selagi mana kamu belum di uji".. keyakinanku padaayat' Mu ini ya Allah,menguatkankan lagi diri yang kerdil ini untuk meneruskan kehidupan di dunia persinggahan ini... terima kasih dan aku bersyukur atas segala nikmat yang sentiasa Kau limpahkan untuk aku dan keluargaku serta rakan2 dan kaum muslimin dan muslimat di dunia ini..sampai saat ini,aku masih mengakui bahawa, nikmat iman dan islam adalah yang paling berharga dan yang paling aku dambakan saban waktu.. jika kehilangan keduanya,aku tidak tahu apa yang akan aku lakukan bila di uji sebegini hebat... 

ya Allah, Kau yang menciptakan aku dan hanya Kau sahaja yang memahami diri ini.. sesungguhnya,pengetahuanMu meliputi setiap zarah2 dan atom2 yang sentiasa bergeseran dan berlanggaran antara satu sama lain.. 

kurniakanlah ya Allah bagi ku kekuatan... sesungguhnya, aku mendambakannya..

Ameen ya Allah...

1 HEART DESCRIPTION..

One Heart Description
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, 


Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang, 

Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang, 


Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan, 


Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan, 


Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.
- Fatimah Syarha Mohd. Noordin -